[VIDEO] Shafie tuduh Jeffrey terima wang Musa, SPRM siasat, adun lompat warisan bila nak siasat?
02:06 Jun 14, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Shafie tuduh Jeffrey terima wang Musa, SPRM siasat, adun lompat warisan bila nak siasat?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mencuri adun BN pada 11 dan 12 Mei halal bagi Warisan tetapi jika adun Warisan PH lompat PN adalah haram dna cubaan mencabar Warisan.

Kerajaan Warisan makin gelisah. Ketua Menteri Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang medianya baru-baru ini menempelak pemimpin PN yang cuba melobi wakil rakyat Parti Warisan Sabah meninggalkan parti itu.

Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan memberitahu terdapat wakil rakyatnya ditawarkan jawatan dan wang malah menyebut secara jelas nama pemimpin seperti Dr Jeffrey Kitinganyang menerima wang daripada Musa Aman.

"Supaya ini merupakan rasuah politik dengan menawarkan jawatan dan orang belanja duit. Tak kan SPRM tak siasat? Perkara ini saya masih ingat bila Jeffrey lompat Barisan Nasional berapa duit yang diberi oleh Datuk Musa, ini persoalan perlu dijawab”. katanya

Bagaimanapun netizen mempersoalkan kenyataan Shafie itu kerana Dr Jeffrey telah disiasat SPRM pada 22 Mei 2018. Tidak ada penemuan RM20 juta sebagaimana tuduhan Warisan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Dr Jeffrey Kitingan juga mengesahkan perkara itu apabila pegawai SPRM datang menjalankan pemeriksaan ke rumah dan pejabatnya.

"Ketika mereka (anggota SPRM) memeriksa rumah dan pejabat, saya tanya apa yang mereka cari dan mereka kata mahu cari berkaitan laporan RM20 juta itu. Saya kata carilah.

"Mereka (anggota SPRM) profesional, baik dan saya beri kerjasama. Saya tiada apa mahu disembunyikan. Walaupun saya boleh kata ia hanya buang masa, tapi itu sudah kerja mereka," katanya


Tiada siasatan Adun BN yang melompat

Seperti Musa Aman yang melalui tekanan sehingga siasatan SPRM, begitu juga Datuk Bung Moktar yang didakwa di mahkamah sehingga kini tiada pula siasatan dibuat kepada pembentukan kerajaan Warisan pada 12 Mei yang juga ‘berjual beli’ membeli 6 adun BN untuk tubuhkan kerajaan.

Warisan dan PH mengamal skap dwistandard, jika mereka boleh mencuri dan membeli adun selepas Musa Aman mengangkat sumpah Ketua Menteri tetapi pihak lain tidak boleh dan perlu dilapor kepada SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM? ]

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Dua jun lalu sekali lagi Dr Jeffrey Kitingan yang kini Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengamalkan dwistandard mendesak siasatan kepada PPBM yang ‘lompat’ parti Shafie Apdal pada 12 Mei 2018 membuat sesuatu yang sama dalam “kemelut ketua menteri” yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14.

Presiden STAR itu berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas parti pimpinannya, yang merupakan pembangkang pada waktu itu, menyokong BN.

Beliau berkata, keputusan asal menunjukkan BN dan Warisan, termasuk PKR dan DAP, masing-masing memenangi 29 kerusi sebelum STAR, yang mempunyai 2 kerusi menyokong BN.

[ARTIKEL BERKAITAN- PH dwistandard, SPRM siasatlah sekali kerajaan pintu belakang Warisan 2018- Jeffrey Kitingan ]

 PH dwistandard, SPRM siasatlah sekali kerajaan pintu belakang Warisan 2018- Jeffrey Kitingan

Hari ini Warisan gentar sehingga terpaksa mengadakan pertemuan semua ADUN dan MP bersama Ketua Menteri. Apa perlunya pertemuan jika kerajaan benar-benar kuat dan kukuh. Seperti kata Jeffrey Shafie Apdal dan Warisan kini terasa bahang panas wakil rakyatnya bakal menyeberang ke sebelah. 

17 Comments