Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020?
23:06 Jun 14, 2020  |  By SabahKini2
Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020?

Sejak 2018 terdapat anak syarikat Yayasan Sabah gagal membayar gaji pekerja. Hari ini Yayasan Sabah terpaksa membuat pemotongan gaji pekerja anak syarikatnya walaupun Shafie Apdal Ketua Menteri berjanji tidak memotong gaji mereka.

KOTA KINABALU: Sekalipun pada 22 April lalu Ketua Menteri Shafie Apdal berkata tiada pemotongan gaji atau pemberhentian membabitkan ribuan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah namun Lembaga Pengarah Yayasan Sabah mengumumkan akan membuat pemotongan gaji kepada anak syarikatnya.

Pemotongan gaji pekerja itu melibatkan tiga anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Innoprise Jungle Lodge Sdn Bhd, Borneo Rainforest Lodge Bhd dan Inno Travel & Tours Sdn Bhd.

Kadar potongan gaji itu serendah 10% hingga 50% sebulan akan dilaksana mulai bulan Julai 2020.

Menurut sumber, perkara itu diumumkan oleh Datuk Jamalulkiram Datuk Zakaria Pengarah Yayasan Sabah yang juga Ketua Eksekutif ICSB dalam  mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Jun 2020 baru-baru ini.

“Ini merupakan satu lagi insiden malang entiti pegangan amanah negeri Sabah yang gah sejak sekian lama.

Sebelum ini kegagalan membayar gaji kakitangan dan pensyarah Kolej Teknikal Yayasan Sabah & University College Sabah Foundation mula mendapat perhatian seluruh rakyat Sabah.”. kata sumber 

Kegagalan demi kegagalan menimpa badan berkanun berusia 55 tahun itu sejak Warisan merampas pentadbiran negeri Sabah Mei 2018.

Kegagalan Shafie- Janji dicapati

 

Shafie sebelum ini berkata beliau menasihatkan semua pengurusan GLC memastikan gaji kakitangan mereka dibayar meskipun perusahaan mereka terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya sedar GLC kita menghadapi pelbagai masalah. Tapi saya minta mereka mengambil langkah dan memberikan input kepada Kementerian Kewangan untuk meringankan beban mereka.

“Namun saya menasihatkan ketua-ketua tidak menamatkan perkhidmatan mereka dan memastikan tidak ada pemotongan gaji. Mereka mesti membayar semua gaji yang harus mereka bayar,” katanya kepada pemberita di kompleks pentadbiran negeri.

Terdapat kira-kira 221 GLC di Sabah yang menggajikan puluhan ribu pekerja dalam sektor seperti pembangunan hartanah dan ladang hingga kuari dan sektor lain.

Semua GLC ini juga sepertimana Yayasan Sabah dikhabarkan  bakal membuat pemotongan gaji untuk bertahan.

Anak Syarikat Yayasan Sabah gagal bayar gaji

Sabahkini2 pada tahun 2018 dan 2019 pernah melaporkan seramai 57 orang kakitangan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) tidak dibayar gaji dan bayaran-bayaran saraan yang lain sehingga tiga bulan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 21 DIS 2018 - "Dah 3 bulan kami tidak dibayar," kata pekerja Kolej Universiti Yayasan Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 21 OKT 2019 - Lagi Kolej Universiti Yayasan Sabah 3 bulan tiada gaji, buang pekerja aniaya rakyat ]

Lagi Kolej Universiti Yayasan Sabah 3 bulan tiada gaji, buang pekerja aniaya rakyat

Susulan bocornya masalah dalaman Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Jamalul Kiram Datuk Haji Mohd. Zakaria  memberi amaran kepada semua kakitangannya membuat kenyataan negatif terhadap Yayasan Sabah.

Kemungkinan kakitangan yang bocor maklumat mengenai pemotongan gaji juga akan diambil tindakan

Paling mengejutkan amalan kronisme dan nepotisme pelantikan pegawai atau kakitangan Yayasan Sabah yang teruk sehingga dimonopoli suku sakat Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dan Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

 Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram
Apakah gaji Pengarah Yayasan Sabah juga akan dipotong? termasuk elaun Pengerusi Yayasan Sabah Shafie Apdal?

 

15 Comments