SPRM buru Nurfadziana tunang bekas Setiausaha Mohamaddin Ketapi projek RM89 juta
17:06 Jun 19, 2020  |  By SabahKini2
SPRM buru Nurfadziana tunang bekas Setiausaha Mohamaddin Ketapi projek RM89 juta

Selepas Saifullah Hisham bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diburu kini tunangnya pula diburu. Ke mana mereka pergi menghilang?

Susulan penangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga pengarah syarikat The IO Movement Sdn Bhd bagi siasatan kes rasuah berkaitan memperoleh satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) hampir RM90 juta pada tahun 2019.

Turut diburu ialah Dr Saifullah Hisham bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM? ]

Terbaru SPRM sedang mengesan seorang wanita iaitu tunang kepada Dr Saifullah bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.


Bekas SUSK dan Tunang dicari SPRM

SPRM dalam kenyataan berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Nurfadziana Abdul Kadir, 28, dan beralamat terakhir di Kampung Silam Lamag, Peti Surat 60945, 91118 Lahad Datu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nurfadziana, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh, di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke alamat [email protected].

 

 

8 Comments