Shafie sanggah DAP Sabah bubar DUN, pilihanraya mengejut
06:06 Jun 20, 2020  |  By SabahKini2
Shafie sanggah DAP Sabah bubar DUN, pilihanraya mengejut

Shafie berkata Sabah tidak perlukan pilihan raya mengejut atau membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi tujuan itu kerana kerajaan negeri bukanlah kerajaan tergantung berdasarkan jumlah majoriti kerusi yang ada.

KOTA KINABALU: Tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Sabah kerana kerajaan negeri sedia ada mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk mentadbir, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bagaimanapun berkata beliau tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menyuarakan pandangan mahupun cadangan  itu, namun, mengikut perlembagaan jelas menunjukkan kerajaan negeri mempunyai dua tahun setengah lagi untuk mentadbir Sabah.

“Biar saya fokus menjalankan pentadbiran dan bukannya pilihan raya (mengejut) ataupun lompat parti …apa yang penting bagi saya sekarang adalah mengurus rakyat dan mengurus ekonomi negeri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam ketika diminta mengulas kenyataan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong.

Jimmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sri Tanjong dalam laporan akhbar setempat dipetik sebagai berkata pilihan raya mengejut perlu diadakan di Sabah bagi menghentikan sebarang kemungkinan pembentukan kerajaan “pintu belakang” di Sabah.

Beliau mencadangkan perkara itu susulan ADUN Sugut Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury mengumumkan keluar daripada parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan menjadi ADUN Bebas.

UPKO merupakan sebahagian daripada entiti membentuk kerajaan Sabah diterajui Warisan selain DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, Sabah tidak memerlukan pilihan raya mengejut atau membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi tujuan itu kerana kerajaan negeri bukanlah kerajaan tergantung berdasarkan jumlah majoriti kerusi yang ada.

“Kita cukup jumlah (kerusi)… kita ada 45 (ADUN). Jadi maknanya kalau pun ada beberapa orang (keluar daripada parti gabungan kerajaan negeri), saya masih tetap (ketua menteri bagi) kerajaan memerintah hari ini,” jelasnya.

Kedudukan kerusi terkini blok kerajaan negeri mempunyai 45 kerusi termasuk empat ADUN dilantik manakala blok pembangkang 20 kerusi termasuk seorang ADUN dilantik.

Blok kerajaan terdiri daripada Warisan dengan 31 kerusi, DAP (enam), UPKO (dua), PKR (dua) dan empat ADUN dilantik manakala blok pembangkang pula meliputi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  dengan sembilan kerusi, Parti Bersatu Sabah (empat), STAR (tiga), Bebas (dua), UMNO (satu) dan satu kerusi ADUN dilantik.

[ARTIKEL BERKAITAN- "Ada ramai lagi menyusul" dua ADUN UPKO umum keluar parti ]

Mei lalu ketika pelaksanaan PKP Datuk Jimmy Wong DAP Sabah yang audio suaranya tular dilaman sosial  mengecam Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menyebabkan ramai usahawan Cina di Sabah lingkup kerana enggan meneruskan operasi perniagaan PKPB yang bermula 4 Mei 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Syarikat mati! Pembantu Menteri 'balun' Shafie Apdal Ketua Menteri dan SKN ]

[VIDEO] Syarikat mati! Pembantu Menteri  'balun' Shafie Apdal Ketua Menteri dan SKN

Jimmy menyatakan banyak Syarikat besar telah ‘mati’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, di antaranya ialah Teck Guan dan beberapa syarikat lain.

Rakaman audio tersebar meluas menunjukkan kerajaan Warisan Sabah sebenarnya sudah goyang dan ditentang sendiri oleh anggota pentadbirannya.

“Teck Guan Group tengah ‘mati’…hampir semua syarikat besar ‘mati’….mereka tiada duit, mereka tiada duit sebab perlu bayar semua gaji pekerja.

 

24 Comments