Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi
02:06 Jun 21, 2020  |  By SabahKini2
Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi

Selepas kes KKLW, kes RISDA & tuntutan palsu UMS dibuka SPRM 2017 tertangguh kini tahun 2020 kes RISDA telah didakwa & isnin ini kes tuntutan palsu Peter Asli Jati Engineering. Rakyat perlu tahu bagaimana Peter Warisan mencuri duit rakyat RISDA & UMS

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony isnin ini sekali lagi berdepan pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana didakwa “menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asal”.

Hukuman maksimum jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 471 ialah penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan baru berkait dengan kes penipuan dan penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta.

Sabahkini2 pada 6 dan 7 November 2017 melaporkan Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony telah dipanggil SPRM berhubung kes penipuan itu yang mana Shafie Apdal selaku Menteri KKLW menyokong permohonan itu kepada Menteri Kewangan Malaysia.

Dua pegawai UMS yang bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal turut diambil keterangan. 

Kes Asli Jati memberi dokumen palsu ‘mencuri’ duit UMS RM43 juta itu dibuka semula pada tahun 2017 dan sepatutnya didakwa bersama dengan kes RISDA RM 15.5 juta bagaimanapun tertangguh selepas Warisan dan PH mengambil alih kerajaan negeri selain peguam Peter Michael P Ubu melarikan diri ke luar negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: 6 Nov 2017- Kes Asli Jati Engineering Kontrak UMS Shafie Apdal dipanggil SPRM ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 7 Nov 2017- Peter dipanggil ke SPRM Putrajaya: Bukan satu kes tetapi dua kes rasuah ]

 
Pada November 2017 ketika Shafie dan Peter dipanggil semula ke SPRM bagi siasatan kes tuntutan palsu RM43 juta

Minggu lepas Peter Anthony dihadapkan dengan 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM8.75 juta di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu berhubung urus niaga tanah Risda.

Satu pertuduhan lain difailkan terhadapnya pada Khamis 18 Jun kerana didakwa bersubahat dengan peguam Michael Persius Ubu dalam kes pecah amanah jenayah.

Michael Ubu juga berdepan 3 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Peter pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd – Tipu dan membuat tuntutan Palsu RM43 Juta di UMS

Semua tahu Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd adalah milik Peter. Syarikat asalnya ialah Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd.  Syarikat milik Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah itu memegang 92.50 % saham.


Kedudukan kewangan syarikat Asli Jati Engineering ketika tahun-tahun syarikatnya 'merompak' wang rakyat

Sejak 2002 di bawah Mantan Naib Cancelor UMS Prof Datuk Seri Panglima Dr Mohd Noh Dalimin Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd telah mendapat kontrak Di UMS. Malah selepas Mohd Noh Dalimin itu sudah 3 Naib Canselor sehingga Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah syarikat Asli Jati Engineering masih terus menerima dana daripada UMS. Berikut merupakan antara projek Peter dan Asli Jati Engineering di UMS.

i.) Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada 15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00 [UMS BEN 11/2002]

ii.) Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00

iii.) Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00. [UMS BEN 25/2004]

Peter Anthony dan Asli Jati sudah menjadi kartel di UMS. Paling menggemparkan apabila SPRM telah menyiasat Datuk Peter Anthony dan pegawai Universiti Malaysia Sabah berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di UMS.

 
Antara sebaran infografik dalam laman sosial berkaitan Peter Anthony, Asli Jati Engineering dan UMS dalam tahun 2017. 
KINI- Selesai untuk pertuduhan

Kesimpulannya Datuk Peter Anthony, Asli Jati Engineering dan UMS tidak dapat dipisahkan. Projek penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal saja Asli Jati yang akan dapat tapi kerja sangat teruk. Semuanya kerana ‘orang dalam’ UMS yang sekian lama menerima rasuah daripada Peter Anthony.

Kebenaran kes ini perlu dirungkai semula. Pendakwaan kes ini pasti akan menunjukkan kebenaran sebenar. Tuduhan Datuk Peter kepada SPRM kononnya sengaja membuat pertuduhan politik pasti akan terjawab dengan bukti dokumen rasuah itu.

Selepas pertuduhan kes RISDA mencuri wang RM15.5 juta kini RM43 juta juga akan mendedahkan  rasuah, salahguna kuasa dan penipuan Datuk Peter Anthony sebagai pemimpin paling korup dalam warisan.

Seruan 'maruah Sabah' Peter kepada penyokongnya hanya memalukan dirinya sebagai 'pencuri wang rakyat' daripada wang RISDA milik orang kampung hingga wang UMS milik anak-anak rakyat Sabah.

 

 Hanya Penyokong taksub Peter Anthony saja buta tak boleh beza maruah Sabah dengan pencuri wang
rakyat RISDA dan anak-anak UMS 43 juta

20 Comments