Gara-gara tuntutan palsu UMS RM43 juta Datuk Peter diserang penyakit Vertigo
10:06 Jun 22, 2020  |  By SabahKini2
Gara-gara tuntutan palsu UMS RM43 juta Datuk Peter diserang penyakit Vertigo

Ini bukan kali pertama Datuk Peter cuba mengelak mahkamah sebelum ini pada 15 Jun lalu Peter tidak hadir pertuduhan baru dan hanya hadir 18 Jun dituduh pecah amanah. Kali ini Peter buat lagi alasan penyakit Vertigo!.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang sepatutnya hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana didakwa “menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asal” gagal berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

Difahamkan, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu petang semalam berikutan mengalami simptom vertigo.

Berikutan itu, kes beliau yang sepatutnya didakwa hari ini ditangguhkan ke 10 Julai ini.

Peguamnya, Haniff Khatri Abdulla memaklumkan perkara itu di hadapan Hakim Rozina Ayob dengan menunjukkan gambar Peter dimasukkan ke wad.

Menurutnya, beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu petang semalam.

"Beliau seharusnya menaiki penerbangan untuk berada di sini pada 4.15 pagi. Saya dimaklumkan bahawa dia dimasukkan ke wad kerana vertigo," katanya.

Rozina kemudiannya meminta laporan perubatan mengenai keadaan Peter Anthony untuk diserahkan ke mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon kes itu dipindahkan ke mahkamah asal di bawah Hakim Azman Ahmad.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula untuk dibaca pertuduhan pada 10 Julai ini di hadapan Azman.

Haniff ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, anak guamnya dijangka menghadapi satu pertuduhan hari ini dan tuduhan itu belum dibacakan di mahkamah.

"Sijil sakit beliau akan diserahkan kepada mahkamah secepat mungkin selepas dikeluarkan doktornya," katanya.

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan Peter menggunakan dokumen palsu berkait dengan kes penipuan dan penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Peter bernilai RM43 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi ]

Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi

Datuk Seri Shafie Apdal dan Peter Anthony telah dipanggil SPRM pada November 2017 berhubung kes penipuan dokumen ini.

Ini bukan kali pertama Datuk Peter cuba mengelak mahkamah sebelum ini pada 15 Jun lalu Peter tidak hadir pertuduhan baru dengan alasan melawat kawasan dan hanya hadir ke mahkamah pada 18 Jun dengan pertuduhan pecah amanah.

Komen-komen netizen dalam laman sosial berkata Datuk Peter takut hadir ke mahkamah, penyakit vertigo hanyalah satu dari alasan ‘kelakar’ tidak hadir.

23 Comments