(VIDEO)Ebit Lew: Bantu rakyat Sabah susah di Kuala Lumpur hingga ke Sabah. Mana Warisan?
11:06 Jun 23, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO)Ebit Lew: Bantu rakyat Sabah susah di Kuala Lumpur hingga ke Sabah. Mana Warisan?

Rakyat Sabah susah di Kuala Lumpur batang hidung Warisan langsung tiada turun beri bantuan. Kini Ebit Lew ke Sabah datang ke KK, Kota Belud, Pulau Mantanani. Mana Pemimpin Warisan? tak malukah hilang!

Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi memanaskan emosi pemimpin Warisan terutama Shafie Apdal. April lalu ketika PKP Ebit Lew melawat 70 keluarga Sabah di Kuala Lumpur tiada pekerjaan dah dan ramai putus bekalan makanan. Semua lelaki buruh kasar gaji hari. Berniaga kecil-kecil di jalanan yang kehilangan pendapatan.

Lebih 1000 orang penduduk tinggal di kawasan itu majoriti orang Sabah menanti kehadiran.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Rakyat Sabah tinggal di Kuala Lumpur hidup susah? Mana Shafie Apdal? ]

Ketika itu tiada seorang pun Menteri Kabinet Warisan Sabah yang mengambil tahu rakyat mereka yang susah di Kuala Lumpur malah bantuan Covid-19 daripada Warisan juga tak pernah sampai. Sangat memalukan sekali orang luar lebih prihatin.

(VIDEO) Rakyat Sabah tinggal di Kuala Lumpur hidup susah? Mana Shafie Apdal?
                                                                                                    Orang Sabah di Kuala Lumpur

Ebit Lew turun Sabah

Kali ini Ebit Lew turun ke Sabah sendiri untuk menolong rakyat yang susah. Sekali lagi Ebit Lew disambut rakyat Sabah dengan hati gembira bertemu ustaz itu.

Ke mana saja beliau pergi dari Kota Kinabalu hinggalah ke Pulau Mantatani Kota Belud , Ebit Lew tetap menjadi selebriti yang dinanti. Kaedah dakwah Ebit Lew ternyata mudah diterima rakyat.

Apa yang Ebit Lew lakukan pun tak boleh dibuat oleh seorang wakil rakyat. Dah lebih 22 bulan berkuasa tak mungkin Warisan tidak dapat menolong sebagaimana dilakukan oleh Ebit Lew.


Video CHORY CHANNEL


Video : Mak Maiken

17 Comments