Skandal UniKL: CEO ditamatkan kontrak, SPRM digesa siasat pegawai rasuah salahgunakuasa
02:06 Jun 25, 2020  |  By SabahKini2
Skandal UniKL: CEO ditamatkan kontrak, SPRM digesa siasat pegawai rasuah salahgunakuasa

Hampir RM400 juta dibelanjakan oleh MARA bagi mengurus UniKL. Apa UniKL dapat? CEO berbelanja mewah. Gaji pemain Hoki UniKL pun dibayar wang rakyat MARA. Belum lagi skandal rasuah Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) yang dilindungi CEO. Oleh itu..

Kontroversi MARA dan anak syarikatnya tidak pernah berakhir. Kali ini  Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara)  turut dilanda skandal rasuah dan penyelewengan dana kerajaan.

UniKL yang menerima dana hampir 400 juta setahun selain gagal menambah bilangan pelajarnya turut gagal meningkatkan pendapatannya. UniKL hanya menjadi tempat bagi pengurusannya seperti Presiden/CEOnya Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud dan budak-budaknya ‘memerah’ dana kerajaan demi kroni mereka.


Apa pencapaian Dr Mazliham di UniKL? Universiti terus rugi. duit MARA terus rembat. Beli segala pencapaian bukan berdasarkan merit.
Ada duit maka beli. Rasuah dan skandal tak perlu cakap. Menimbun.

Semua pembayaran gaji staf UniKL dibayar atas Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd. UniKL juga punya pasukan hoki sendiri dalam Liga Hoki Malaysia (MHL). Semua gaji pemain juga dibayar oleh  Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd dengan peruntukan khas hoki RM1.6 juta setiap tahun. Belum termasuk pembinaan stadium hoki bernilai RM10 juta yang terlewat dan tidak menepati spesifikasi ditetapkan. Ialah duit MARA beri kepada UniKL banyak, ratusan juta jadi apa nak dikisahkan. Universiti lain ada tak diberi dana untuk kelab Hoki seperti UniKL? Duit rakyat semua tu.

 

Pemegang saham terbesar adalah MARA. Ratusan juta diberi. Presiden/ CEO UniKL Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud
memang gagal menguruskan universiti milik MARA ini. 

Terbaru dilaporkan CEO UniKL Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud  secara rasmi telah ditamatkan kontrak. Sudah ada usaha-usaha lobi beliau memohon untuk disambung kontrak. Tindakan KPLB tidak menyambung kontraknya adalah langkah tepat. UniKL perlukan Presiden dan CEO yang baru lebih segar bukan yang hanya pandai mengampu dan berbelanja wang rakyat.

Prof. Emeritus Datuk Dr Sukiman Sarmani Pengerusi UniKL yang juga Ahli MPT Bersatu pasti lebih kenal siapa Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud.

Salah laku penyelewengan UniKL

Satu Laporan Salah laku dan penyelewengan UniKL tular dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp mengenai skandal Dato’ Dr. Mazliham CEO, Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) dan Shalieza Razali Assistant Manager Corporate Branding & Strategic Comunication Department.

 
SKANDAL: Bos dengan pekerja. Semua kesalahan Shalieza Razali ditutup walaupun bukti ada

Dua lelaki berpengaruh di UniKL sentiasa mempertahankan Shalieza Razali ini. Apa agaknya hubungan mereka dengan Shalieza Razali?

Laporan Saiful Sazali Abdul Rashid Alumni UniKL yang juga bekas pegawai Sport Marketing Executive mendedahkan salah laku Shalieza Razali, Dato’ Amir Azhar Ibrahim dan juga Dato’ Dr. Mazliham.

Gara-gara seorang wanita yang rasuah, mengambil dana pelajar dan menindas staf akhirnya CEO terkorban dan boleh jadi selepas ini Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer juga bakal terkorban kerana skandal percintaan dengan Shalieza Razali.

Saiful Sazali Abdul Rashid juga telah membuat laporan kepada SPRM Selangor namun tiada tindakan diambil. 

Berikut merupakan ringkasan laporan penuh salah laku dan penyelewengan di UniKL. Laporan penuh boleh dibaca di pautan yang diberikan [Lebih 180 m/s].

[ BACA: Download-  LAPORAN PENUH SALAH LAKU DAN PENYELEWENGAN UNIKL ]



Siasatan dibuat secara dalaman pun disampahkan oleh Dr. Mazliham CEO,
Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer (CMPO)


Mana SPRM Selangor? Dah lapor tetapi belum bertindak.
Harap SPRM membuka fail itu kembali



Kepentingan syarikat pembekal dengan pegawai

Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud dan Dato’ Amir Azhar Ibrahim tahu Shalieza Razali mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat atau pembekal. Begitu juga Dato' Amir yang mempunyai kroni sendiri. Tidak hairanlah jika pembekal di UniKL tidak pernah berubah sejak bertahun-tahun. Semuanya ada kepentingan. Jika disemak mungkin lebih banyak akan ditemui.



 Terdedahnya skandal seks Dato’ Amir Azhar Ibrahim dan Shalieza Razali

Terdedahnya mesej percintaan aplikasi whatsApp Dato Amir dan Shalieza sekitar Januari 2019 membuktikan apa sebenarnya hubungan mereka sehingga saling bantu membantu menutup kesalahan masing-masing. Rupanya sedang hangat berskandal. Jika kita baca mesej mereka jelas sejauh mana dalamnya hubungan mereka. 

Soalan lain apakah Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud pun pakai juga?.


'Sayang, I tgh tunggu lif naik tkt 4, Nanti I terus gi tangga belakang ek..


Siap bau bau lagi...


Yang penting i dpt tengok u one last time untill the next 7 days


Hoki UniKL

Pengurusan pasukan Hoki UniKL sepenuhnya dibiayai oleh MARA. Bulan Februari lalu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mempertahankan juara Liga Premier TNBMHL.  Dengan dana RM 1.6 juta [mungkin lebih] selain berbelanja besar,  menang dengan hadiah RM200,000 pun UniKL masih boleh tersenyum. Dengan duit MARA UniKL membeli pemain import seperti Roel Bovendeert (Belanda), Timoty Deavin, Keiran Govers dan penjaga gol, David Harte. Berapa juta agaknya kos mereka dibayar menggunakan wang rakyat MARA?

Individu yang bertanggungjawab terhadap Hoki UniKL ialah Dato’ Amir Azhar Ibrahim. Menurut sumber Jurulatih kesayangan Dato’ Amir Azhar Ibrahim yang dibayar mahal ialah Arul Selvaraj. Pernah juga ada isu berbangkit Jurulatih Darren Smith dari New Zealand tidak dibayar RM15 ribu, Jurulatih Matt ling dari New Zealand tidak dibayar 10 ribu dan Pengurus Hoki UniKL, Mohd Asmadi Mohd Nor tidak dibayar RM30 ribu. 

Dato' Dr Mazliham Mohd Su'ud juga berbelanja besar membina Stadium Hoki UniKL sendiri bernilai RM10 juta yang dirasmikan pada Ogos 2018 sekalipun dilaporkan pembinaannya terlambat dan  tidak mengikuti spesifikasi. Kontraktor manalah dapat projek stadium itu.


MARA banyak wang. Apapun boleh jadi jika peruntukan ada. Kata Dr Mazliham UniKL bangga kelab pertama
punya Stadium sendiri guna wang rakyat..

 

Rombakan UniKL

UniKL perlu dirombak semula. Cara pengurusan Presiden UniKL Dato' Dr Mazliham Mohd Su'ud berbelanja besar pada periklanan, Hoki UniKL dan membeli segala gelaran 'Award' buat UniKL sudah tidak sesuai lagi. Wang rakyat hampir RM400 juta itu sepatutnya dimanfaatkan untuk membawa anak-anak Melayu lebih ramai ke UniKL. Ini tidak wang elaun pelajar pun cuba dirembat. 

Pengambilan pelajar tidak meningkat malah pelajar asing juga berkurangan. Kos pengurusan universiti juga saban tahun meningkat tetapi hasil pulangan kepada kerajaan tidak sampai pun RM5 juta. Pelaburan kerajaan apakah ini belanja hampir RM400 juta. Hasil pendapatan Hoki dari menang liga pun setakat cukup makan dengan membuang jutaan ringgit membeli pemain import. Malah elaun pelajar UniKL pun dibayar lambat..

Presiden UniKL Dato' Dr Mazliham Mohd Su'ud hanya tahu melobi Canselor UniKL saja. Lebih 5 tahun sebagai Presiden UniKL apa UniKL ada? orang Melayu dah jadikan UniKL sebagai kebanggaan ke?

Menteri KPLB sepatutnya merombak semula Ahli Lembaga Pengarah UniKL. Orang Anwar Ibrahim seperti Prof. Datuk Dr. Syed Othman Syed Hussin Alhabshi tu patut dah buang lama. Tindakan permulaan menamatkan Dato' Dr Mazliham Mohd Su'ud adalah tindakan yang tepat.

SPRM perlu siasat UniKL

Kepada SPRM ambillah tindakan aduan oleh Saiful Sazali Abdul Rashid itu. Mungkin SPRM akan menemui kes lain lagi. Aduan telah dibuat maka bertindaklah. Setidaknya panggil semua pihak yang terlibat. Perjuangan ini melibatkan masa depan hingga hilang pekerjaan. Jadi beri keadilan kepada semua pihak.

 

52 Comments