Bekas Pengerusi LPU UUM ditahan SPRM kes seleweng dana Yayasan Waqaf
05:06 Jun 26, 2020  |  By SabahKini2
Bekas Pengerusi LPU UUM ditahan SPRM kes seleweng dana Yayasan Waqaf

Apa jadi di UUM? Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UUM pro Dr Mahathir dan PH ditahan SPRM kerana kes seleweng dana Yayasan Waqaf beri projek kepada syarikat sendiri.

Perang antara kem Sudin dan pihak lain di UUM kini sedang berlangsung. Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan Dato’ Prof Dr Sudin Haron bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Waqaf kerana disyaki menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk menganjurkan satu program kayuhan pada 2016.

Dato’ Prof Dr Sudin Haron yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di pejabat SPRM Putrajaya, ketika hadir memberikan keterangan.

"Ketika suspek memegang jawatan CEO yayasan terbabit, dia melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan program kayuhan di utara tanah air itu dengan kos berjumlah melebihi RM150,000.

Dr Sudin Haron disyaki menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk melantik syarikat miliknya bagi penganjuran program kayuhan yang diadakan pada tahun 2016 itu.

Dr Sudin disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009).

"Suspek kemudian dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin berjumlah RM10,000," kata sumber

Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Hasbilah Mohamad Salleh SPRM Putrajaya ketika mengesahkan penahanan itu.

Kem Sudin Lapor SPRM pembelian Hotel

20 Jun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah anak syarikat Universiti Utara Malaysia (UUM) berkaitan dakwaan penyelewengan pembelian Hotel EDC Kuala Lumpur  pada tahun 2017 atas laporan kem Dato’ Prof Dr Sudin Haron.

Anak syarikat UUM itu diserbu UUM minggu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber pembelian Hotel EDC Kuala Lumpur pernah diaudit oleh juruaudit daripada Belanda dan mengesahkan tiada salah laku pembelian hotel yang dibeli RM50 juta. Bagaimanapun kini hotel itu seperti pemilik hotel yang lain di Kuala Lumpur mengalami kerugian termasuk berhadapan situasi pandemic Covid-19.

Pendedahan Kes Yayasan Waqaf

Dalam tahun 2018 beberapa blog telah mendedahkan penyelewengan Dato’ Prof Dr Sudin Haron CEO Yayasan Qaqaf itu. Beliau dikatakan menyertai Bersatu tetapi menyokong pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir di Kedah. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UUM oleh Dr Maszlee Malik melalui bekas Setiausaha Politik Menteri ketika itu Nizam Morad (yang juga kontroversi dipilih Ahli Lembaga Pengarah UUM). 

 

 

Sebelum ini Dr Sudin menghalang Dr Kamarul menulis mengenai Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan. Apakah selepas ini? katanya skandal lawatan ke Qatar dan beberapa skandal dengan isteri orang juga bakal didedahkan.

1 Comment