3,936 PTI dihantar balik sepanjang 2020
06:06 Jun 27, 2020  |  By SabahKini2
3,936 PTI dihantar balik sepanjang 2020

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, penghantaran itu, merupakan lanjutan daripada siri ke-17 dan ke-18 membabitkan 134 PTI warga Indonesia pada Rabu lalu.

TAWAU : Seramai 133 lagi pendatang asing tanpa izin (PTI) warga Indonesia, dihantar pulang ke negara asal mereka pada 12.00 tengahari semalam

Program pengusiran dan penghantaran pulang PTI itu diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi kerajaan yang lain.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, penghantaran itu, merupakan lanjutan daripada siri ke-17 dan ke-18 membabitkan 134 PTI warga Indonesia pada Rabu lalu.

"Kesemua PTI yang terdiri daripada 113 lelaki dan 20 wanita tersebut sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan didapati negatif sebelum mendapat kelulusan untuk dihantar pulang melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara), Indonesia.

"Sepanjang tahun ini seramai 3,936 orang termasuk warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam dihantar melalui udara menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran pulang sejak tahun 1990 seramai 595,193," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Siti Saleha berkata, MKN Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan kelancaran operasi penghantaran pulang PTI kali ini.

"Kami juga merakamkan penghargaan kepada pihak KRI Tawau yang memberikan kerjasama dalam memastikan rakyat mereka dapat kembali ke negara asal.

"Tindakan mereka mencerminkan kebertanggungjawaban dan keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan warganegara mereka walaupun berstatus PTI," katanya.

 

2 Comments