Shafie PM pilihan Dr Mahathir: Bung kata melucukan, James Masing kata Sabah Sarawak tidak bodoh
10:06 Jun 28, 2020  |  By SabahKini2
Shafie PM pilihan Dr Mahathir: Bung kata melucukan, James Masing kata Sabah Sarawak tidak bodoh

Dr Mahathir hanya mahu melaga-lagakan Anwar dengan Shafie. Jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh dengan mencadangkannya Shafie atas alasan mahu mendapat undi Malaysia Timur.

Dua pemimpin Borneo, Datuk Seri Bung Moktar Radin Pengerusi Umno Sabah dan Tan Sri James Jemut Masing Timbalan Ketua Menteri Sarawak menganggap cadangan pelantikan Shafie Apdal sebagai PM PH Plus sebagai melucukan dan jenaka di negara ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, Mahathir cuba melaga-lagakan Shafie dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Dr Mahathir cuba mengelirukan orang ramai. Mungkin beliau hilang semua sokongan daripada PKR, DAP dan Amanah, dan sekarang berpaling kepada Shafie.

“Beliau cuba melaga-lagakan Anwar dengan Shafie. Saya fikir ia lucu,” katanya

Beliau berkata, Shafie tidak mendapat sokongan semua pihak dalam PH, justeru tidak mungkin beliau dilantik sebagai perdana menteri.

PKR enggan menyokong cadangan untuk melantik Mahathir sebagai perdana menteri selama 6 bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sekiranya PH berjaya membentuk semula kerajaan persekutuan

Semalam Dr Mahathir mengumumkan cadangan melantik Shafie Apdal sebagai PM telah mendapat sokongan DAP dan Amanah.

Walaubagaimanapun Amanah dan DAP menafikan sebagai persetujuan rasmi kerana ia perlu dibawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dr Mahathir secara berterus terang mahu anaknya Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ramai melihat ini merupakan strategi Dr Mahathir untuk menyingkir Anwar sebagai PM.

[ARTIKEL BERKAITAN-[VIDEO] Semua demi Mukhriz TPM, Dr Mahathir tolak Anwar pilih Shafie yang boleh diperkudakan ]

[VIDEO] Semua demi Mukhriz TPM, Dr Mahathir tolak Anwar pilih Shafie yang boleh diperkudakan

 

Rakyat Sabah Sarawak tidak bodoh

Sementara itu Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing berkata orang Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan candangan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH dan sekutunya.

"Saya tahu Shafie adalah pemimpin yang baik tetapi jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh dengan mencadangkannya sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 demi mendapatkan sokongan dua negeri Malaysia Timur terhadapnya dengan cadangan itu.

"Tidak mungkin pengundi Malaysia akan menerimanya. Saya minta Dr Mahathir berhenti bermain politik," katanya 

PRS merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Gabungan itu kini menyokong pentadbiran Perikatan Nasional dan dilihat sebagai faktor penentu susulan majoriti tipis Muhyiddin di Dewan Rakyat.

Anwar baru-baru ini dikatakan telah ke Sarawak untuk mendapat sokongan GBS namun Ketua Menteri Sarawak Abang Johari diberitakan tidak mahu berjumpa Anwar.

 

 

 

8 Comments