Dr Mahathir tidak cukup kerusi MP sokong jadi PM maka cadang Shafie Apdal!
11:06 Jun 30, 2020  |  By SabahKini2
Dr Mahathir tidak cukup kerusi MP sokong jadi PM maka cadang Shafie Apdal!

Menurut Anwar sehingga sekarang Tun Mahathir tidak cukup jumlah MP untuk jadi PM. Kalau cukup tak mungkin mencadangkan nama Shafie Apdal. Paling penting cadangan lantik Mukhriz sebagai TPM..

Dalam satu video rakaman yang tular Mahathir dalam satu pertemuan tertutup bersama ahli PPBM pro Mahathir menyerang Anwar menjadi PM

“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.

“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH. Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut,” kata Mahathir dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi

Mahathir tidak cukup kerusi Parlimen

Terbaru, Anwar mendedahkan Dr Mahathir tidak mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup untuk mencadangkan beliau semula sebagai PM.

"Jadi kawan-kawan fikir kalau begitu dia kata Anwar tidak cukup jumlah boleh tak kita fikirkan pilihan kedua, iaitu berikan ruang kepada Tun Dr Mahathir.

"Jadi ada yang percaya Tun Mahathir dapat jumlah. Tapi sampai hari ini tak dapat. Jumlah belum ada," kata ahli parlimen Port Dickson itu.

Tekanan Tun Dr Mahathir

Di dalam kekalutan mendapatkan kembali sokongan untuk menjadi PM, Dr Mahathir yang telah memerangkap DAP dan Amanah mencadangkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon PM menggantikan beliau.

BACA [VIDEO] Shafie Apdal PM PH: Strategi Dr Mahathir tekan Anwar, selamatkan YB Warisan lompat parti

Ia pilihan paling selamat Dr Mahathir untuk mengukuhkan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hanya Shafie Apdal yang boleh dijadikan ‘Kuda Malaya’ oleh Shafie bagi mendapat sokongan Sabah dan Sarawak. Namun pemimpin Sabah Sarawak berkata rakyat Sabah Sarawak bukan sebodoh pendapat Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Semua demi Mukhriz TPM, Dr Mahathir tolak Anwar pilih Shafie yang boleh diperkudakan ]

Sebagaimana Anwar Ibrahim berkata Dr Mahathir tidak mempunyai bilangan kerusi parlimen mencukupi ramai penganalisis politik juga melihat keadaan itu. Jika Dr Mahathir mempunyai bilangan yang cukup beliau sendiri menamakan dirinya.

Meletakkan Shafie Apdal sebagai PM hanyalah untuk menekan Anwar bahawa PH mempunyai banyak pilihan boleh dilantik sebagai PM bukan Anwar sahaja.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tergoda cadangan Tun Dr Mahathir akhirnya menangkis tuduhan cadangan opsyen Shafie sebagai PM perlu dibawa berbincang mesyuarat Majlis Presiden PH

Krisis Dr Mahathir dan Anwar bab memilih PM ini membuktikan sejak Dr Mahathir tidak pernah mahu Anwar sebagai PM.

Persoalan besar ialah jika Mahathir sanggup dan boleh menyokong Shafie diangkat sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mencadangkan Anwar, yang juga ketua pembangkang sebagai calon PM?

Jika Mahathir boleh memujuk orang yang menyokong beliau untuk menyokong Shafie sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mampu berbuat demikian untuk Anwar?

Tidak mungkin Shafie Apdal yang hanya punya beberapa kerusi mempunyai sokongan ahli Parlimen mencukupi berbanding Anwar? Sekalipun UPKO dan beberapa pemimpin Warisan melobi keras Shafie dengan sentimen negeri ia tak akan menyebabkan MP Sabahan dan Sarawakian menyokong Shafie.

 

7 Comments