Batal kes RM557 juta bukti salah guna kuasa Christina Liew, SPRM wajar siasat kata Najib
06:07 Jul 05, 2020  |  By SabahKini2
Batal kes RM557 juta bukti salah guna kuasa Christina Liew, SPRM wajar siasat kata Najib

Mahkamah telah putuskan lebih awal tanah Bagahak milik rakyat. Mahkamah juga putuskan Christina bekas peguam PKR penipu rakyat perlu bayar saman RM557 juta. Namun kini dia TKM maka kawtim gugurkan kes. Ini salah guna kuasa. SPRM perlu siasat

Saya syaki pengumuman Ketua Menteri Shafie Apdal semalam bahawa kerajaan PH Plus akan mengembalikan tanah kepada pekebun kecil adalah usaha untuk menyelesaikan atau membuang kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew diarah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah.

Secara terang, Shafie kata langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah kes-kes mahkamah.

"Towards this end, he said the state government will deal with the private firms involved in the land as well, adding he hoped to settle it soon and urged the firms not to drag the matter to court as it will delay the return of the land to the claimants."

 [BACA- Shafie Brings 12-Year Land Tussle To An End ]

 

[Sebenarnya, mahkamah sudah putuskan bahawa tanah yang kononnya dipulangkan adalah milik pekebun kecil- Rujuk keputusan mahkamah]

Jika langkah Ketua Menteri Sabah semalam untuk menyelesaikan kes mahkamah ini memberi hasil kepada kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang sudahpun kalah berkali-kali dan terbukti dalam mahkamah telah bersuhabat dengan staff dia untuk menipu pekebun-pekebun kecil dibuang maka ini merupakan satu salah guna kuasa kerana yang menerima manfaat paling besar ialah Christina Liew yang tidak perlu lagi membayar RM557 juta.

Jika ini berlaku, harap SPRM akan teruskan siasatan.

Sebab itu, wartawan dan ADUN Sabah perlu tanya Ketua Menteri Sabah soalan ini:

Dengan pemulangan tanah oleh syarikat milik kerajaan Sabah kepada pekebun kecil yang diumumkan semalam, apa akan terjadi kepada kes Christina Liew? Adakah kerajaan Sabah akan batalkan saman Christina Liew?

Ini penjelasan saya tentang kes penipuan Timbalan Ketua Menteri:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157161834660952

[ARTIKEL NAJIB- Najib persoal Shafie Pengerusi GLC seperti tidak mahu terima ganti rugi RM558 juta dibayar Christina ]


By: Najib Razak

 

 

[ARTIKEL LAIN BERKAITAN- Terkini! Shafie mengaku arah Borneo Samudera tarik kes selamatkan Christina bayar RM557 juta ]

 Terkini! Shafie mengaku arah Borneo Samudera tarik kes selamatkan Christina bayar RM557 juta

 

4 Comments