Kantoi! Laporan Palsu Dokumentari Al Jazeera dirancang PH burukkan Malaysia
01:07 Jul 09, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi! Laporan Palsu Dokumentari Al Jazeera dirancang PH burukkan Malaysia

Apa agenda Al Jazeera menyiarkan dokumentari palsu memburukkan Malaysia? Faktanya PKPD terbukti menyekat penularan Covid-19 di negara ini. PATI diberi layanan makan, kos perubatan dan lain-lain secara percuma. APa agenda PH?

Laporan palsu dokumentari Al Jezeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat berhubung layanan pekerja asing di negara ini adalah satu usaha terancang lebih awal untuk memburukkan Kerajaan Malaysia.

Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) paling awal menyangkal dakwaan laporan dari agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang mendakwa kerajaan Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani pandemik COVID-19.

Menterinya, berkata tidak timbul isu itu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Katanya ia adalah tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan imej negara.

“Laporan Al Jazeera yang menyebut ada berlaku racism dan perkauman adalah satu tuduhan yang patut kita bagi tahu ia tidak betul.

"Kita perlu pastikan bahawa semua dikesan PKPB dapat disaring dan diasingkan itu. Itu sebenarnya matlamat kita," katanya

Susulan daripada itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyelar laporan tidak yang disiarkan itu.

Sejak laporan itu facebook dan Youtube Al Jazeera diserang ratusan ribu komen rakyat Malaysia membanjiri laman sosial milik Al Jazeera itu menyebabkan mereka menutup ruangan komen malah menukar tajuk laporan itu.

Malah netizen serta petugas barisan hadapan mempertahankan tindakan kerajaan menahan warga asing termasuk pendatang asing yang tidak mempunyai permit kerja di negara ini diberi layanan kemanusian.

Perancang Dokumentari

Sejak dokumentari itu tentera bawang Malaysia menyiarkan dalang-dalang siaran itu termasuk mendedahkan warga Bangladesh bernama MD Rayhan Kabir yang bekerja sebagai Ketua Pemasaran Malik Streams Production & Distribution.

 
Produksi bersama Al Jazeera?


Antara warga asing yang di wawancara Al Jazeera melengkapkan dokumentari burukkan Malaysia


Antara pelakon Al -Jazeera untuk berkata dilayan seperti anjing..

Malah hantaran facebook MD Rayhan Kabir pada 10 Mei ketika menyiapkan dokumentari Al Jazeera itu turut ditularkan rakyat Malaysia.

Apakah MD Rayhan Kabir dan syarikat Malik Streams Production & Distribution mendapat kontrak Al Jazeera menyiapkan dokumentari palsu ini? Malik Streams Production & Distribution melalui sidang medianya 6 Julai lalu menafikan MD Rayhan Kabir sebagai pekerjanya dan perkhidmatannya hanya sebagai kontraktor sebelum ini.

 

Sekalipun paparan pekerjaan MD Rayhan Kabir sebagai Ketua Pemasaran Malik Streams Production & Distribution di facebooknya sudah lama digunakan persoalan besar mengapa sejak dahulu tidak dilarang penggunaannya oleh Malik Streams Production & Distribution? Tak mungkin tidak disedari sejak beberapa bulan lalu.

MD Rayhan Kabir diburu!

Polis dan Jabatan Imigresem sama-sama memburu MD Rayhan Kabir. Apa motif warga asing seperti MD Rayhan Kabir memburukkan Malaysia kerana sama ada warga asing atau rakyat Malaysia semua maklum dalam tempoh PKP tindakan tegas perlu dilakukan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berlaku.

Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat oleh Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Sedangkan terbukti langkah Malaysia itu terbukti membendung penularan wabak itu apabila data menunjukkan hanya tahanan di depoh, kes import dan jangkitan tempatan berkurangan malah ke tahap kos untuk warganegara. Langkah kawalan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di kawasan penempatan warga asing adalah langkah tepat.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata hari bahawa laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan polis

Jabatan Imigresen turut menyiarkan gambar MD Rayhan Kabir dan latar belakangnya bagi memudahkan pencarian terhadap MD Rayhan Kabir.

Di dalam satu kenyataan media, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama MD RAYHAN KABIR, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah SIRHAN LEGACY SDN BHD B-7-9 MENARA UNCANG EMAS, NO 85 JALAN LOKE YEW 55200, KUALA LUMPUR bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

Siapakah syarikat Sirhan Legacy Sdn Bhd yang menjamin permit kerjanya di Malaysia?

Agenda Malaysiakini dan PH

Susulan selepas laporan palsu dokumentari Al Jazeera portal Malaysiakini pada 5 julai pula memainkan peranannya membayangkan kesusahan warga asing bekerja di negara ini kerana tindakan PKP kerajaan.

7 Julai lalu Ahli Parlimen PKR  Fahmi Fadzil pula membuat kenyataan media meluahkan rasa kesal kepada kerajaan kerana memberi tekanan kepada Al jazeera. Ini termasuk semua NGO di bawah PH yang menyokong pemesongan fakta Al Jazeera.

Kelihatannya semua rancangan Al Jazeera menerbitkan dokumentari ini sudah disusun demikian rupa untuk memburukkan Malaysia. Turut kelihatan Anwar Ibrahim bertemu dengan wartawan Al Jazeera. Berapa agaknya PH bayar siapkan dokumentari sampah Al Jazeera ini?


Turut dikesan ialah entiti di balik Al Jazeera...

 

 

 

 

 

8 Comments