Batal jemputan majlis Shafie 'meroyan', larang penjawat awam tidak hadir Amanah PM 'Perkara Biasa'
11:07 Jul 09, 2020  |  By SabahKini2
Batal jemputan majlis Shafie 'meroyan', larang penjawat awam tidak hadir Amanah PM 'Perkara Biasa'

Sebenarnya sejak Mac 2020 Shafie yang menyokong Dr Mahathir sudah mengarahkan memulaukan aktiviti kerajaan pusat termasuk amanat PM. Hari ini Majlis hari guru batal jemputan Shafie dan Warisan meroyan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Warisan bengang apabila Jabatan Pendidikan Sabah membatalkan jemputan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan 9 Julai.

Warisan melihat pembatalan tersebut sebagai campurtangan politik memandangkan Jabatan Pendidikan terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Pendidikan.

Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah yang dimaklumkan pembatalan itu telah mendedahkan surat itu di laman sosial bagi memburukkan Kerajaan Pusat.

Kritikan Pembangkang terhadap agensi Persekutuan

Mac lalu Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin mengingatkan ketua jabatan dan agensi persekutuan supaya tidak lagi sesuka hati memasukkan pemimpin daripada kerajaan Warisan dalam program dan aktiviti mereka kerana tindakan sedemikian dalam kalangan pegawai kerajaan pusat adalah seumpama mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya memandang serius perkara ini dan ia tidak seharusnya berlaku kerana PN kini adalah kerajaan persekutuan susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ketua semua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah perlu sedar dan faham bahawa semua menteri dan wakil daripada parti pemerintah negeri adalah pembangkang di peringkat persekutuan pada masa ini,” katanya

Sebelum ini agensi persekutuan negeri dilihat terlalu pro kepada Shafie Apdal seperti Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Sabah termasuk Jabatan Pendidikan Negeri. Semua mereka dilantik dizaman PH. Setakat ini belum ada tanda-tanda pertukaran dibuat oleh kerajaan PN. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sabotaj?

Selepas 3 bulan isu itu berlalu entah dimana silapnya Dr Mistirine Radin  Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) gagal menyusun lebih awal pelaksanaan dan pembatalan segala jemputan itu sehingga pembatalan dibuat di saat akhir untuk memburukkan Kerajaan Persekutuan.

Jika pengarah menguruskan masalah lebih awal pastinya situasi saat akhir tidak akan berlaku. Apakah Pengarah sedang melakukan kerja-kerja sabotaj?

Walapupun jemputan itu dibatalkan bagaimanapun program itu dilaksanakan hanya secara dalaman serta dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd. Nor sesuai dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih tertakluk pada SOP. 

Walaubagaimanapun Whatsapp jabatan memaklumkan perkara itu dibocorkan oleh pihak tertentu sehingga menjadi mainan portal tempatan.

 

Campurtangan politik?

Adalah tidak benar ia satu campur tangan politik memandangkan ia perkara biasa bagi program kerajaan persekutuan untuk membatalkan program mereka atas-atas tertentu.

Shafie pernah arah penjawat awam tidak perlu hadir Program Amanat Perdana Menteri

Seperti juga Kerajaan Warisan pada 5 Mac lalu mengarahkan penjawam awam negeri tidak perlu hadir ke Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Penjawat Awam melalui surat SKN yang tular di laman sosial.

Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN yang juga Ketua Warisan berkata isu larangan penjawat awam itu sebagai perkara biasa dari kerajaan pembangkang seperti Kelantan.

“Penjawat awam di negeri Kelantan sejak sekian lama dilarang untuk hadir acara-acara Kerajaan Persekutuan, kenapa tidak komen?” Kata Azis Jamman

[ARTIKEL BERKAITAN- Larangan Hadir Majlis Amanat PM, Kami mahu macam Kelantan kata Azis Jamman ]

Bukankah tindakan Kerajaan Negeri Sabah sejak Mac lalu membayangkan dasar ini akan dilaksanakan secara berterusan di Sabah. Jadi mengapa pula hanya kerana pembatalan surat jemputan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal meroyan? Seperti kata Azis Jamman Ketua Wira itu ia perkara biasa.

Jadi cakap-cakap Shafie dalam ucapannya di banyak program yang tidak mahu sistem pentadbiran yang pilih kasih walau Kerajaan Sabah tidak sebulu dengan Perikatan nasional, namun hubungan baik perlu diteruskan demi manfaat rakyat Sabah adalah satu pembohongan dan wayang sahaja.

Semua program Kerajaan Persekutuan di Sabah dia mahu dibawa berbincang dahulu tetapi segala pelaksanaan program atau projek Kerajaan Negeri dia buat sendiri tanpa perbincngan dengan Kerajaan Pusat seperti membenarkan pekerja asing China datang ke Sabah.

 

3 Comments