Pertuduhan Peter Anthony ditangguh lagi kerana alasan program bersama Ketua Menteri
01:07 Jul 10, 2020  |  By SabahKini2
Pertuduhan Peter Anthony ditangguh lagi kerana alasan program bersama Ketua Menteri

Gara-gara tuntutan palsu UMS RM43 juta Datuk Peter terpaksa gunakan alasan penyakit Vertigo. Kini penangguhan 28 Julai pula kerana sebab program bersama Ketua Menteri. Selepas ni apa pula alasan?

Pertuduhan terhadap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony ditentukan pada 10 julai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan lagi ke 28 Julai.

Sebelum ini Peter sepatutnya dijadualkan untuk dihadapkan ke mahkamah pada 22 Jun namun terpaksa ditangguhkan atas alasan penyakit Vertigo sebuah penyakitpening berpusing.

[ARTIKEL BERKAITAN- Gara-gara tuntutan palsu UMS RM43 juta Datuk Peter diserang penyakit Vertigo ]

Penangguhan Peter ini sudah dijangka dengan menggunakan pelbagai alasan dan kali ini disebabkan ada program bersama Ketua Menteri. Kemungkinan alasan penangguhan baru 28 Julai akan berlaku lagi.

Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan bahawa pertuduhan 10 julai ditangguhkan hingga 28 Julai.

"Betul," kata Wan Shaharuddin ketika ditanya mengenai penangguhan berkenaan.

"Dia ada program dengan 'KM' (Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal)," kata TPP itu.

Ketika dihubungi peguam bela Peter, Mohamed Haniff Khatri Abdulla juga mengesahkan bahawa pertuduhan yang dijadualkan esok itu telah ditangguhkan ke 28 Julai.

Sebelum ini Datuk Peter juga telah didakwa dalam dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Pada 11 Jun, Peter dituduh dengan lima tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta.

Pada 18 Jun, dia dituduh dengan tuduhan bersubahat dengan jenayah pecah amanah berjumlah RM15,545,400 yang melibatkan perjanjian tanah antara 2014 dan 2015.

Kali ini melibatkan tuntutan palsu RM43 juta UMS syarikat Peter Asli Jati Engineering.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi ]

 Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi

 

7 Comments