Bukan saja rayuan didedah Najib, 16 lagi projek Tender Terhad KKLW kroni Shafie Apdal terbongkar!
02:07 Jul 13, 2020  |  By SabahKini2
Bukan saja rayuan didedah Najib, 16 lagi projek Tender Terhad KKLW kroni Shafie Apdal terbongkar!

Pendedahan Najib bahawa Shafie menteri banyak minta Tender Terhad dan rayuan ada benar. 16 lagi bukti tender terhad kroni Shafie Apdal. Mungkin lebih 1000 permohon sejak menteri KKLW. Malah tender terhad Perolehan B pun diseleweng Shafie cetus kontroversi

Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran facebooknya mendedahkan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan menteri Sabah yang paling banyak meminta tender terpilih (terhad) kepada Kementerian Kewangan sebelum ini.

Malah kata beliau, sekiranya permintaannya ditolak, Shafie yang yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar  akan mengemukakan surat rayuan.

“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Tidak ada Menteri lain seperti dia. Sehingga surat-surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan dia bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan.

“Dan sehingga dia bengang dengan kita kerana kita sering tolak permintaan-permintaan dia masa itu,” katanya

Najib dedah surat

Sebenarnya surat yang Najib dedahkan itu sebahagian dari surat lama dari Shafie Apdal yang tular sebelum ini. Memang benar Shafie antara Menteri yang paling banyak meminta tender terhad, jika gagal membuat rayuan dan dalam masa sama bijak menggunakan kuasa ‘Akta Kontrak 1949’ untuk memberi projek kepada kroninya daripada syarikat yang lulus tender terhad itu.

Sambungan surat ini adalah senarai 10 kontraktor berpakat untuk projek ini juga ditandatangani diperakukan oleh Shafie Apdal. Kebiasaannya syarikat pertama mengetuai senarai 10 syarikat itu. Dokumen tender diisi seperti biasa namun tidak boleh mengatasi harga yang ditentukan oleh syarikat ketua. Syarikat ketua pula akan membayar 'token' dalam RM30k ke 50k bergantung kepada nilai projek. Beberapa taikun pula akan mengawal lebih 100 syarikat CIDB G7 untuk disewa bagi senarai tender terhad. 

Yang pasti syarikat di atas bukan kroni Najib tetapi Shafie!

Selepas pendedahan Najib itu meroyanlah semua pemimpin warisan termasuk Datuk Dr Yusof Yakub Ketua Penerangan Warisan bekas Ahli Lembaga Pengarah MARA yang dilantik oleh Shafie Apdal dulu. Perlu balas budi jadi kena jawab untuk bos. Maklumlah Dr Yusof pun sebahagian dari pemimpin ketika itu yang kenyang projek Tender Terhad. Mungkin Dr Yusof Yakub lupa apa yang Shafie Apdal pohon di KKLW kepada MOF menyebabkan pegawai MOF termuntah dengan timbunan permohonan projek Tender Terhad. 

Di zaman Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW tidak mustahil melebihi 1000 surat permohonan tender terhad sejak 2010. Itu nasib Najib Razak tidak meluluskannya seperti rayuan di atas. Tetapi Shafie tidak putus asa. Beliau akan mohon lagi rayuan. Jika Najib tak lepaskan maka Shafie akan merayu pula kepada Menteri Kewangan II Dato' Seri Husni Hanadzlah. 

Permulaan kepada taring Shafie Apdal menggunakan kuasanya ialah pada 18 Ogos 2010 selepas 16 permohonan Tender Terhad Shafie Apdal diluluskan. Permohonan itu terus meleret sehingga sebelum beliau digugurkan sebagai Menteri KKLW. 16 projek ini adalah sebagai 'Tender gate' kepada KKLW. Selepas itu tidak boleh dibayangkan dengan kata-kata berpusu-pusu kontraktor kroni datang ke pejabat Shafie Apdal. 





Bermula era surat ini Keluarga Shafie Apdal kaya raya. Adik beradik seperti Yusof Apdal, Hamid, Zul, anak saudara, menantu, sepupu malah saudara yang dulu muflis pun kembali hidup. Modus operandinya mudah. Pegang KSU, TKSU dan Timbalan SUB untuk projek. Kebiasaannya diuruskan oleh Timbalan TKSU KKLW atau Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54.

 

Dari peringkat permulaan mohon projek kepada Menteri, Memo Pejabat Menteri ke Bahagian Infrastruktur, KKLW ke MOF, kelulusan MOF, Lembaga Perolehan A KKLW hinggalah ke MOF untuk perakuan tender semua tu memerlukan wang. Jika bukan Shafie minta wang maka pegawainya bermula dari Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS) dan Pegawai Tugas-tugas khas (PTTK) akan 'pau' syarikat. Setiap peringkat hinggalah proses pengeluaran LOA di KKLW duit sentiasa diperlukan. Mahu cepat wajib hulur. 

Lebih teruk lagi bukan sahaja Shafie campurtangan terhadap projek TENDER TERHAD tetapi juga pada projek TENDER TERBUKA dan RUNDINGAN TERUS. Ahli Lembaga Perolehan telah ditentukan lebih awal yang boleh kawtim, teknikal projek KKLW untuk dibawa ke Lembaga Perolehan telah diketahui lebih awal laporannya. Tidak menghairannya pegawai teknikal di KKLW di zaman Shafie Apdal kaya raya.

Turut kaya raya Datuk Peter Anthony kroni Shafie Apdal yang kini adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur di Sabah. Banyak projek  Bekalan Air Luar Bandar  termasuk RISDA dan lain-lain lagi dirembat. Siapa tidak kenal Syarikat ASLI JATI ENGINEERING SDN BHD milik Peter Anthony?

[BACA ARTIKEL PETER- Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA]

Shafie Apdal mengawal segalanya di KKLW sehingga kepada Lembaga Perolehan A, B (dulu ada LPB-Kini PH mansuhkan) dan juga pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) projek. Setiap inci projek yang perlu diberi SST wajib dalam pengetahuan Shafie Menteri KKLW. 



TIADA MEMO PENGESAHAN PERAKUAN SHAFIE APDAL LOA/SST tidak boleh keluar..
Dokumen kontrak mengikut pekeliling perlu ditandatangani oleh Menteri namun Shafie memilih untuk mengambil klausa memberi wakil kepada

Ketua Pegawai Pengawal (KSU) atau pegawai yang diarahkannya. Dilaporkan beribu memo seperti ini di zaman Shafie.

Memo penurunan kuasa di atas sentiasa diperolehi dan bocor kerana ia kemuncak kepada jika Memo ini keluar maka Projek telah pasti dapat dan wang komisen projek juga boleh diperolehi. 

Lembaga Perolehan B -Projek bawah RM10 juta berleluasa diluluskan Menteri tanpa kelulusan Kementerian Kewangan

Shafie Apdal menggunakan segala cara untuk meluluskan projek kepada syarikat kroninya. Menyedari Najib Razak Menteri Kewangan sudah mula menyekat permohonan Tender Terhad di KKLW beliau mula mencari jalan meluluskan tender terhad tanpa campur tangan MOF. Beliau menemui jawapan iaitu Projek Tender Lembaga Perolehan B tender terhad tidak perlu memohon perakuan ke MOF. Perakuan kelulusan hanya dibuat oleh LPB dan menteri sebagai 'pemandunya'. 

Maka di zaman itu Shafielah menteri terbanyak meluluskan tender terhad termasuk projek Lembaga Perolehan B bawah 10 juta ini. Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila Shafie dan pegawainya melakukan kesilapan berulang yang menyebabkan projek Tender Terhad Lembaga Perolehan B semua kementerian perlu meminta kelulusan MOF terlebih dahulu sebelum laksana.

Dikenal pasti dua projek kontroversi tahun 2011 ketika itu ialah;

1. Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah. RM11,000,000.00 - Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat CIDB G6)- RUJUKAN S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011

2. Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah. RM16,035,890.00 - Syarikat Jutawan Emas Sdn Bhd (Syarikat CIDB G6).- RUJUKAN S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4)

Kedua-dua projek ini dimaklumkan oleh MOF sebagai  tender terhad yang tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.

Selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B (sekarang CIDB G6) dan terpaksa melantik kedua -dua syarikat. 

KKLW melakukan kesalahan berulang sebagai taktik dapat kelulusan tender B tetapi laksana projek Tender A.Wal hal 10 syarikat yang diluluskan berpakat sengaja meletakkan harga RM11 juta dan RM16 juta. 

Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

 

Apabila semua syarikat berpakat melaksanakan projek nilai lebih RM10 juta.. mohon kelulusan khas.

Ada banyak lagi dokumen tetapi cukup setakat ini mengesahkan dakwaan Najib Razak bahawa Datuk Seri Shafie cadangan Tun M PM9 ini mempunyai perangai yang teruk beri tender terhad dan jika gagal terus merayu. Malah laksana projek Lembaga Perolehan B langgar pekeliling MOF melebihi had limit RM10 juta.  Kemudian bawa ke Lembaga Perolehan A untuk kelulusan MOF atas alasan terlebih peruntukan....  

Bayangkan kalau Shafie Apdal PM 9 apa dia buat? Pasti lebih kenyang kroninya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie! ]

19 Comments