Muhyiddin tidak pernah tawarkan Shafie TPM
14:07 Jul 18, 2020  |  By SabahKini2
Muhyiddin tidak pernah tawarkan Shafie TPM

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah sekali pun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau (Mohd Shafie), selepas menjadi Perdana Menteri, pada Mac lalu, seperti didakwa.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, turut menyifatkan dakwaan Mohd Shafie itu sebagai andaian Ahli Parlimen Semporna itu semata-mata.

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah sekali pun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau (Mohd Shafie), selepas menjadi Perdana Menteri, pada Mac lalu, seperti didakwa.

"Saya menyifatkan kenyataan Mohd Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan 'beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu' sebagai tidak benar," katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengulas wawancara Mohd Shafie bersama sebuah portal berita yang disiarkan pada 14 Julai lalu.

Selasa lalu, Mohd Shafie mendakwa Muhyiddin pernah menawarkan beliau menyertai Kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.

Ia didakwa sebagai antara tindakan Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk memperkukuhkan PN.

11 Comments