Takut tumbang: Bukti Shafie cuak arah Adun Warisan disorok, paksa tandangan SD!
05:07 Jul 25, 2020  |  By SabahKini2
Takut tumbang: Bukti Shafie cuak arah Adun Warisan disorok, paksa tandangan SD!

Shafie Apdal menafikan sorok Adun. Yang pasti Shafie sedang melakukan semua cara untuk halang pertukaran kerajaan termasuk tuduh dalang 'agen' beli Adun. Adun juga diminta tandatangan SD baharu untuk nyatakan sokongan.. Sampai bila bertahan?

Selepas kegusaran kebimbangan keruntuhan Kerajaan Warisan dijadualkan jumaat lalu bukan lagi rahsia Shafie Apdal menyembunyikan adun-adunnya bimbang melompat parti.

Sumber mengesahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna turut disorok sejak khamis lalu selepas desas-desus beliau bakal menyertai kabinet baru. Ia turut disahkan ahli keluarga terdedak Adun.

Jamawi Jaafar yang U-Turn menyokong PN bimbang kes SPRMnya dibuka semula turut dipaksa membuat kenyataan penafian dan menandatangani SD baharu.

Shafie Apdal melakukan apa sahaja termasuk berpakat dengan pegawai Istana, menyekat laluan masuk, sembunyikan adun di kediaman khas, menggugut adun dan bermacam-macam lagi. Namun sampai bila Shafie dan kerajaan Warisan mampu bertahan jika Kerajaan Pusat camputangan?

Shafie Nafi

Bagaimanapun Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan yang mengatakan parti berkenaan cuba menyembunyikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), agar tidak meninggalkan parti.

Ketua Menteri Sabah itu berkata semua Adun berkenaan bebas untuk bergerak ke mana sahaja kerana Malaysia negara demokrasi.

“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan meraka ada keluarga untuk dijaga.

“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka?..saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam dan saya menghadiri persidangan Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, di Kota Kinabalu.

Sebelum ini Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR) Sabah Dr Jeffrey Kitingan mendakwa Mohd Shafie menyembunyikan Adun Warisan agar tidak tidak meninggalkan parti itu di sebalik kehangatan spekulasi pertukaran kerajaan bakal berlaku di Sabah.

“Kami bahkan telah melihat dron diterbang ke rumah beberapa pemimpin untuk mengintip siapa yang datang dan pergi,” dakwanya dalam kenyataan semalam

Menurut Dr Jeffrey Kitingan Shafie dan Warisan takut dengan bayang-bayang sendiri tentang memori 2018 selepas mereka menculik adun BN lompat kepada Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan takut bayang sendiri, memori 2018 culik Adun BN kata Jeffrey ]

Warisan takut bayang sendiri, memori 2018 culik Adun BN kata Jeffrey

Sejak beberapa hari lepas tular poster kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah yang menampilkan wajah pemimpin Warisan, DAP, UPKO dan PKR. Sejak daripada itu semua pemimpin yang dikaitkan bakal keluar parti itu dipantau malah disembunyikan dari hadir ke Istana Negeri.

Semua pemimpin yang dikaitkan juga terpaksa tampil menafikan mereka terlibat bagi mengelak tekanan daripada Shafie Apdal.

Lebih teruk lagi Adun-adun yang disyaki berpaling tadah diminta menandatangani semula  akuan bersumpah (SD) menyokong Shafie Apdal.

Presiden SAPP Yong Teck Lee hari ini mendakwa Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal hilang langkah dengan “meminta ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beliau sendiri menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokongnya.”

Yong berkata, pendedahan yang dibuat oleh beberapa Adun Warisan dan Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka menandatangani SD menyokong Shafie sebagai ketua menteri menunjukkan beliau tidak lagi mempercayai Adunnya sendiri.

Ini bermakna adalah senario biasa kemungkinan terdapat beberapa Adun yang kantoi cuba bertindak 'selamat' dengan menandatangani dua akuan bersumpah (SD) iaitu kepada Tan Sri Musa Aman dan Shafie Apdal.

Wayang Adun didatangi ‘Agen Politik’

Mengulas mengenai terdapat laporan mengenai ada Adun Warisan yang didatangi beberapa indiviu yang dipercayai cuba ‘membeli’ mereka untuk melompat ke parti tertentu, Mohd Shafie berkata wakil rakyat berkenaan telah membuat laporan polis.

Bagaimanapun menjadi satu kemusykilan apabila Adun DAP seperti Jannie Lasimbang menuduh membabi buta kononnya bekas Menteri Luar Dato’ Sri Anifah Aman dan anak-anaknya terlibat sebagai dalang ‘membeli’ adun di Sabah.

Anifah menafikannya dan telah menyaman Jannie Lasimbang dan Portal Borneo Today.

[ARTIKEL BERKAITAN- Fitnah 'Beli' Adun: Anifah, anak-anak saman fitnah Jannie Lasimbang, Portal Borneo Today ]

“Bagaimana seorang wakil rakyat boleh sewenang-wenangnya percaya hanya kerana ada individu menjual nama seseorang sebagai ‘agen Anifah’ dan terus mendedahkan kepada umum bahawa ia didalangi bekas Menteri itu

Tiada bukti dan ia satu serangan fitnah berbahaya. Ia perbuatan jahat melainkan ia dirancang awal”. Kata Musram seorang pengguna laman sosial

Sejak Mei lalu desas-desus Kerajaan Warisan tumbang selepas satu persatu kerajaan negeri PH bertukar kepada PN nampaknya meresap dalam akar umbi rakyat. Bermula daripada Johor, Melaka, Perak, Kedah dan kini bakal menghampiri Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah. Sejak itu Shafie Apdal dan Warisan gusar jika kerajaan negeri sekarang tumbang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat? ]

11 Comments