Ini negara demokrasi tidak salah pujuk wakil rakyat sokong mana-mana parti kata Bung
10:07 Jul 25, 2020  |  By SabahKini2
Ini negara demokrasi tidak salah pujuk wakil rakyat sokong mana-mana parti kata Bung

Kalau PH dan Warisan boleh memujuk dengan pelbagai umpan dan cara. Kalau PN atau BN memujuk tidak boleh. Ini negara demokrasi memujuk cuba meyakinkan wakil rakyat yang lain supaya menyokong mana-mana parti, bukanlah suatu kesalahan.

Perbuatan memujuk atau menyakinkan wakil rakyat supaya menyokong mana-mana gabungan parti bukanlah suatu tindakan yang salah. Ia perkara biasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kaedah sama turut digunakan ketika kempen pilihan raya bagi menyakinkan rakyat supaya memilih calon tertentu yang bertanding.

“Negara ini negara demokrasi, pujuk memujuk serta cuba meyakinkan wakil rakyat yang lain supaya menyokong mana-mana parti, bukanlah suatu kesalahan.

“Serupa juga dalam pilihan raya di mana ejen atau wakil parti memujuk rakyat dan meyakinkan pengundi supaya memilih calon parti yang bertanding,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas Lanjut, Bung berkata, jika benar terdapat wakil parti berjumpa dan memberi penerangan tentang hala tuju yang perlu disokong sekali pun, namun isu pokoknya terletak pada wakil rakyat terbabit sendiri, sama ada mahu bersetuju atau sebaliknya selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Saya nak tanya apa kesalahannya sekiranya benar ada orang tertentu yang berjumpa dengan wakil rakyat daripada mana mana parti dan menerangkan hala tuju partinya. Selepas itu terpulanglah kepada wakil rakyat tersebut untuk membuat keputusan.

“Malah ia serupa dengan keadaan yang berlaku sebelum ini di Sabah,” katanya dipercayai merujuk kepada beberapa wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) yang beralih arah menyokong kerajaan pimpinan Warisan Sabah selepas pilihan raya umum lalu

Selepas PRU 14 Mei 2018 Pakatan Harapan, Warisan menggunakan segala cara untuk mengugut wakil rakyat BN mencertai PH atau Warisan. Ada yang serbu PDRM, LHDN dan SPRM. Begitu juga yang dituduh di mahkamah.

Presiden parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Warisan dan DAP berhenti membuat cerita dongeng terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang kononnya cuba memujuk wakil rakyat mereka tawaran wang dan  jawatan. Shafie dan Warisan hanya takut dengan bayang-bayang sendiri.

“Barangkali pemimpin Warisan takutkan bayang-bayang mereka sendiri kerana memori bagaimana mereka memujuk dan menculik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 2018 datang menghantui mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Warisan takut bayang sendiri, memori 2018 culik Adun BN kata Jeffrey ]

Shafie juga dikatakan gusar dan sedaya upaya mempertahankan kedudukannya dengan menyembunyikan mereka bimbang adun melompat parti. 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Takut tumbang: Bukti Shafie cuak arah Adun Warisan disorok, paksa tandangan SD!

 

 

6 Comments