Anifah Presiden PCS bakal tukar nama Parti Kesedaran Rakyat Sabah
22:07 Jul 26, 2020  |  By SabahKini2
Anifah Presiden PCS bakal tukar nama Parti Kesedaran Rakyat Sabah

Anifah kini Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) sebelum bakal bertukar nama kepada Parti Kesedaran Rakyat Sabah selepas diluluskan ROS nanti.

KOTA KINABALU: Bekas menteri luar, Anifah Aman dilantik sebagai presiden baru Parti Cinta Sabah selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu hari ini.

Parti tersebut meluluskan pindaan untuk menukar nama kepada Parti Kesedaran Rakyat Sabah, berserta simbol dan bendera baru.

Perubahan itu perlu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ia berkuat kuasa.

Anifah mengambil alih jawatan daripada bekas presiden Wilfred Bumburing yang dilantik sebagai timbalan presiden.

Pengerusi pengurus perhimpunan agung dwitahunan PCS itu Kalakau Untol memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa pengurus memutuskan presiden baru akan hanya membuat kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti dalam masa terdekat.

Anifah berkata, beliau akan memaklumkan maklumat terperinci semasa pelancaran parti itu kemudian.

Antara ahli politik terkenal yang menyertai PCS adalah Ewon Ebin, bekas naib presiden Upko dan Marcus Mojigoh, bekas bendahari agung Upko.

Pengerusi pemilihan PCS Ansari Abdullah berkata, parti itu juga akan menubuhkan bahagian Parlimen mereka di seluruh negeri Sabah, iaitu selepas RoS meluluskan pindaan perlembagaannya.

“Kami juga akan menstruktur semula sayap Pemuda dan Wanita,” katanya.

Senarai Barisan Kepimpinan 

JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI 2020

1 PRESIDEN (P)  DSP ANIFAH AMAN

2 TIMBALAN PRESIDEN (P) DSP WILFRED M BUMBURING

3 TIMBALAN PRESIDEN (P) DR SULAIMAN TAHAJUDIN

4 TIMBALAN PRESIDEN (P)

5 NAIB PRESIDEN(P) WILSON CHANG

6 NAIB PRESIDEN (P) DATUK EWON EBIN

7 NAIB PRESIDEN (P) USTAR GHANI

8 NAIB PRESIDEN (P) AMRU ABD KADIR

9 NAIB PRESIDEN( WANITA) (P) DR REGINA LIM

10 NAIB PRESIDEN (PEMUDA) (P) 

11 NAIB PRESIDEN (L)

12 NAIB PRESIDEN(L) 

13 NAIB PRESIDEN( L)

14 SETIAUSAHA AGUNG (L) USMERY @ANSARI ABDULLAH

15 TIMB SETIAUSAHA AGUNG(L) PETRUS GURITING

16 BENDAHARI AGUNG(L)

17 TIMB BENDAHARI AGUNG (L) FREDERICK CHANG KET CHUNG

18 SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

19 TIMB SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

20 PEGAWAI PENERANGAN(L)

21 TIMB PEGAWAI PENERANGAN(L) ABDUL JALIL GHANI

22 AHLI MAJLIS TERTINNGI (P) DATUK UZAIR YAHAYA

23 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK JIHIK BASANU

24 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK KALAKAU UNTOL

25 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK HARRY BAKING

26 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK NORBERT CHIN 

27 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P)  DATUK MURSHIDI ABDUL GHAFFAR

28 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK WEMBLEY DUSIM

29 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK MARCUS MOJIGOH

30 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) TAY JOCK LIANG

31 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MAHMOHAN SINGH [email protected]

32 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MOHD [email protected] ABDUL SAMAD BIN ASIMAN

33 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SAFARI MOHD ADNAN

34 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DENIS GIMPAH

35 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DR BETING GILING

36 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) CHUAH JUAN SHIUH

37 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) [email protected] JOE GELASIUS

38 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) ROSLAN SHAH ALI

39 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SITI SUHERA BINTI USMAN

40 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) IRA ELZA BINTI UZAIR YAHAYA

41 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SITI NURUL AIN SAHIDA BINTI PITING

42 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

43 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

44 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

45 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

46 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

47 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

48 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

49 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

50 PENGURUSI TETAP DATUK HERMAN TIONGSOH

 

51 TIMB PENGURUSI TETAP

GOLDIE SIBIDOL

7 Comments