Ahli Parlimen BN Adakan Perjumpaan Dengan Muhyiddin
11:07 Jul 29, 2020  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen BN Adakan Perjumpaan Dengan Muhyiddin

Perjumpaan yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung kira-kira sejam bermula dari 1 tengahari.

Kuala Lumpur – Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen, hari ini.

Perjumpaan yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung kira-kira sejam bermula dari 1 tengahari.

Perjumpaan tersebut dikatakan untuk membincangkan beberapa isu termasuklah mengenai kedudukan BN di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Zahid melalui laman Facebook memberikan bayangan, parti itu akan menilai semula perkongsian kuasa di dalam PN.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula. UMNO bangkit,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walau dalam apa keadaan sekalipun, parti itu akan menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.- Suara TV

2 Comments