Kantoi Tipu! Dr Noor Hisham KP Nafi, Pengarah JKNS Sahkan Murid Positif Covid-19 di Sabah
12:07 Jul 29, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi Tipu! Dr Noor Hisham KP Nafi, Pengarah JKNS Sahkan Murid Positif Covid-19 di Sabah

Apa sudah jadi? Dr Noor Hisham KP KKM Nafi murid sekolah dijangkiti Covid-19- katanya palsu. Namun Pengarah JKNS Dr Rundi sahkan dua murid dijangkiti di SK Inanam. Mengapa bercanggah? Apa mahu disembunyikan dari rakyat?

KOTA KINABALU: Selepas dinafi berkali-kali akhirnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.

 

Murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

27 Julai lalu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah [yang kini sibuk dengan 'Kluster Najib' di mahkamah] turut menafikan murid Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dijangkiti korinavirus (Covid-19). Penafian itu dilaporkan dalam portal Sinar Harian. 

Mengapa Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dan Datuk Dr Noor Hisham saling bercanggah antara satu sama lain? Masing-masing mengejar populariti akhirnya maklumat tidak tepat diberikan kepada rakyat. 



Inanam merupakan kawasan ramai PATI. Jika SOP dilanggar kemungkinan buruk boleh berlaku
Isunya Mengapa KP Noor Hisham menafikan? Mengapa sembunyi kes selepas video dan surat tular?

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian Covid-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada pesakit.

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Semalam Dr Noor Hisham begitu sibuk dan melahirkan rasa kecewa penyokong yang berhimpun di mahkamah kerana kes Najib yang dilaporkan melanggar SOP. Namun beliau tidak sedikitpun bersuara tentang himpunan Bersatu Black Out Tun M dan juga Himpunan Anwar yang dianjurkan sebelum itu. 

 

1 Comment