33 ADUN Kerajaan Warisan Sah Tumbang, Shafie Meradang!
00:07 Jul 30, 2020  |  By SabahKini2
33 ADUN Kerajaan Warisan Sah Tumbang, Shafie Meradang!

Sekarang apakah lebih 30 SD itu bohong? Sejak Mei lalu kini tumbang sudah tentu membuatkan Shafie meradang. Rampasan kuasa 12 Mei 2018 kini menjadi 'karma' kepada Warisan.

Akhirnya apa yang dikatakan ‘desas-desus’ sejak Mei lalu kini menjadi nyata. Lebih 30 SD yang terkumpul sebelum ini kini menumbangkan kerajaan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat?]

Tan Sri  Musa Aman mengumumkan mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru Sabah.

Katanya sebuah gabungan baru diterajuinya dibentuk dan dia akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) yang mengesahkan sokongan diterima kepada yang dipertua negeri Sabah.

“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, setiausaha politik kepada PM telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru,” katanya.

Sabah mempunyai 65 anggota dewan undangan negeri (Adun), termasuk lima Adun dilantik.

Musa, bekas ketua menteri di era BN yang sebelum ini dirampas oleh Shafie secara pintu belakang pada 12 Mei 2018 kini dilaporkan mempunyai 33 Adun dalam dewan undangan negeri untuk membentuk kerajaan baru termasuk Adun Kemabong yang U-turn selepas menafikan keluar daripada Warisan.

Dijangka akan ada lebih ramai yang bakal melompat menyertai Perikatan Nasional dalam tempoh terdekat.

Pada 21 Mei lalu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin meramalkan Kerajaan Warisan akan tumbang ‘sebulan dua’

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiada masalah Warisan tumbang, cuma tunggu dalam masa sebulan dua lagi kata Bung Moktar ]

Sejak tempoh  kucar kacir itu Shafie Apdal kerap memanggil Adun dan MP PH Warisan menutupnya dengan dana jutaan ringgit bagi mengelak kerajaannya runtuh.

Kemuncaknya apabila Adun Warisan disorok oleh Shafie Apdal sejak 24 Julai lalu dengan ugutan dan tawaran baru.

Malah sehingga semalam Shafie Apdal mendakwa masih mengumpul SD lama Adun yang menyokongnya sebagai Ketua Menteri.


Kusut: Adun di rumah Shafie Apdal yang resah

Sidang Media Musa Aman

Pada sidang media sama Musa berkata dia akan menyerahkan SD kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, untuk membuktikan ada cukup Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Kata Musa "Cukup untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah."

"Kami akan berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri). Saya akan menyerahkan surat akuan yang telah diberi kepada saya," katanya.

Terdahulu dalam sidang medianya Musa memberitahu Juhar memintanya agar mengemukakan SD yang mengesahkan sokongan diberi Adun Sabah.

"Saya telah menerima surat akuan Adun yg mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baru yang saya ketuai," katanya.

 Adun BN yang lompat Warisan majoriti kembali

Shafie Apdal menurut sumber akan melakukan cubaan membubarkan Kerajaan Negeri apabila bertemu dengan TYT Sabah. Apakah Shafie akan berjaya sebagaimana 'sailang' yang beliau lakukan pada 12 Mei 2018 membelakangkan semua perlembagaan negeri sehingga pelantikan Ketua Menteri terpaksa dibawa ke mahkamah. 

Seramai 33 Adun itu disenaraikan seperti di bawah bersama dengan kawasan pilihan raya dan gabungan parti mereka:

Bersatu

  1. Hajiji Mohd Noor (Sulaman)
  2. Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang)
  3. Mohd. Arifin Mohd Arif (Membakut)
  4. Isnin Aliasnih (Kilas)
  5. Matbali Musah (Lumadan)
  6. Masidi Manjun (Karanaan)
  7. Japlin Akim (Usukan)
  8. Nizam Abu Bakar Titingan (Apas)
  9. Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan)

Parti Bersatu Sabah (PBS)

  1. Julita Majunki (Matunggong)
  2. Jahid Jahim (Tamparuli)
  3. Joniston Lumai @ Bangkuai (Kiulu)
  4. Joachim Gunsalam (Kundasang)

Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star)

  1. Jeffrey Kitingan (Tambunan)
  2. Robert Nordin (Bingkor)
  3. Ellron Alfred Angin (Sook)

UMNO

  1. Musa Aman (Sungai Sibuga)

Bebas

  1. Juri Limus (Kuala Penyu)
  2. James Ratib (Sugut)
  3. Jaffari Waliam (Adun Lantikan -PKR)

Warisan

  1. Musbah Jamli (Tempasuk)
  2. Hamisa Samat (Tanjong Batu)
  3. Abd Muis Picho (Sebatik)
  4. Osman Jamal (Balung)
  5. Bolkiah Ismail (Pitas)
  6. Saddi Abdu Rahman (Sukau)
  7. Masiung Banah (Kuamut)
  8. Anita Baranting (Tandek)
  9. Abd Rahman Kongkawang (Labuk)
  10. Jamawi Jaafar (Kemabong)

DAP

  1. Ronnie Loh Ee Eng (Adun Lantikan)

UPKO

  1. Abidin Madingkir (Paginatan)

PKR

  1. Kenny Chua Teck Ho (Inanam)

 

12 Comments