Shafie 'meroyan', sidang media jam 10.00 pagi akan umum bubar DUN Sabah?
02:07 Jul 30, 2020  |  By SabahKini2
Shafie 'meroyan', sidang media jam 10.00 pagi akan umum bubar DUN Sabah?

Dilaporkan kini lebih 33 SD sudah diperolehi Musa bermakna Kerajaan Warisan Shafie sah tumbang. Apapun jumlahnya jelas SD mencukupi. Shafie dilaporkan akan umumkan bubar DUN hari ini. Apakah Shafie berani bubarkan?

Pertemuan Shafie Apdal dengan Adun Warisan, PH UPKO yang masih setia malam tadi di rumahnya jelas tidak ada riak wajah gembira. Hanya Wajah sugul dan seperti terkejut dengan apa yang tiba-tiba berlaku.

Kegembiraan meraikan keputusan mahkamah bekas perdana Menteri Najib Tun Razak yang dihukum penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta tiba-tiba terhenti selepas dakwaan 33 ADUN Warisan PH dan UPKO membentuk gabungan baru PN di Negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dijadual mengadakan sidang akhbar jam 10 pagi ini, dipercayai berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin malam tadi.

Semua menjangka pengumuman Shafie Apdal itu iaitu mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya negeri mengejut. Sejak semalam Darell Leiking Timbalan Presiden Warisan sudah mula berbicara mengenai Pilihanraya mengejut menggambarkan Warisan sah kehilangan majoriti.

Semalam Musa Aman mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 33 ADUN Kerajaan Warisan Sah Tumbang, Shafie Meradang! ]

33 senarai nama ADUN itu tular dalam laman sosial termasuk Ronnie daripada DAP, Kenny Chua Timbalan Pengerusi PKR Negeri Sabah dan juga Jamawi Jaafar yang sebelum ini menafikan kini dilihat bersama Tan Sri Musa Aman.

Jamawi kembali..

Dilaporkan malam tadi Shafie Apdal ada bertemu dengan TYT Negeri Sabah bagi membincangkan perkara tersebut.

"Kita perlu melihat apakah respons daripada Tuan Yang Terutama terlebih dahulu," kata sumber Warisan

Shafie ‘Underestimate’ Musa Aman dan PN

Sejak Mei lalu isu sokongan SD ini tercetus Shafie dan Warisan hanya menafikan dan kerap melakukan pertemuan dengan adun-adunnya.

Malah Shafie kelihatan memandang rendah tentang gerakan yang dilakukan meraih sokongan Adun Sabah.

Dikala Warisan, PH sibuk dengan pendedahan media melayan cereka ‘agen politik’ jual beli adun, Shafie sibuk mengejar calon PM 9 Pakatan Harapan malah gembira meraikan kejatuhan Najib tiba-tiba semalam kecoh dengan Tan Sri Musa berjaya mengumpul 33 SD Adun di Sabah daripada Bersatu, PKR, Warisan dan DAP.

Dengan tekanan yang Shafie ada sekarang dijangka jam 10 pagi nanti Shafie akan mengumumkan pembubaran Dun Sabah.

Langgar Perlembagaan Negeri

Sejak 12 Mei 2018 Shafie mengambil alih dan angkat Sumpah Ketua Menteri yang dibuat dua kali selepas Musa Aman pada 10 Mei 2018 isu perlembagaan negeri tidak pernah surut dibincangkan termasuk perbicaraan di mahkamah menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Ketika itu hanya tekanan Kerajaan Pusat lebih utama berbanding apa yang ada dalam Perlembagaan Negeri. Sekalipun TYT tidak mempunyai kuasa memecat Ketua Menteri tetapi Kerajaan PH Warisan melakunya. Bilangan kerusi menjadi lebih utama berbanding isu perlembagaan negeri yang dilihat sebagai akademik.

13 MEI 2018 rakyat Sabah masih ingat Shafie dalam satu sidang media berkata;

Pelantikannya dibuat selepas Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berpuas hati selepas mendapati beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Kita sudah menghantar kepada TYT (Tuan Yang Terutama) surat mengandungi perakuan daripada ADUN yang menyokong saya, malah TYT memanggil mereka sendiri tanpa kehadiran saya.

“Atas keyakinan TYT bahawa jumlah mencukupi (majoriti), pagi tadi beliau memanggil Musa (Tan Sri Musa Aman) untuk (menasihat) meletak jawatan,” katanya pada sidang media



Persoalannya jika TYT dan Shafie dulu boleh melakukannya merestui ‘rampasan kuasa’ apakah Tan Sri Musa dan gabungan baru PN ini tidak boleh melakukannya?

Jika semuanya dahulu boleh maka sudah tentu pembubaran Dun juga boleh dielakkan kerana serahkan saja kepada pihak yang mempunyai majoriti. Selebihnya jika Shafie tidak bersetuju serahkan saja kepada mahkamah. Precent case dicipta oleh Warisan sudah ada di depan mata.

Tidak begitu?

By

Dr Dila

 

29 Comments