Surat 11 Februari bukti Tommy syor PH selesai luar mahkamah kes Goldman Sachs-1MDB
01:08 Aug 07, 2020  |  By SabahKini2
Surat 11 Februari bukti Tommy syor PH  selesai luar mahkamah kes Goldman Sachs-1MDB

Kerajaan PH, Tommy Thomas dan LGE jenis ‘Cakap tak serupa bikin’. Sejak disember 2018 mereka mahu mendakwa Goldman Sachs rupanya syor 'kawtim' penyelesaian luar mahkamah.

KUALA LUMPUR: Sejak Disember 2018 Kerajaan PH, Tommy Thomas bekas Peguam Negara berdegar-degar memfailkan memfailkan pertuduhan terhadap Goldman Sachs Group Inc berhubung skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Thomas misalnya dalam kenyataannya ketika itu  berkata akan mengambil tindakan terhadap Goldman Sachs dan empat individu lain kerana mengalihkan dana yang berjumlah kira-kira AS$2.7 bilion (RM11.2 bilion) dari 1MDB, menyogok pegawai dan memberi kenyataan palsu berkaitan dana 1MDB.

Begitu juga Lim Guan Eng Bekas Menteri Kewangan Malaysia yang dilihat ‘Cakap tak serupa bikin’ kononya mahu pendakwaan terhadap Goldman Sachs diteruskan.

Apa yang berlaku Kerajaan PH dan Tommy Thomas kantoi apabila Kerajaan PH pada Februari lalu mencadangkan membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Ia dikemukakan menerusi syor daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020.

Mendedahkan rundingan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata syor sedemikian dibuat selepas Goldman Sachs bersetuju menaikkan tuntutan bayaran balik untuk Malaysia kepada AS$1.75 bilion (RM7.3 bilion), berbanding AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang pernah ditawarkan pada 13 Disember tahun lalu.

"Jumlah ini termasuk bayaran cukai AS$1.64 juta (RM6.87 juta) dan pulangan yuran bernilai AS$567 juta (RM2.3 bilion). Syor yang diberikan Tommy Thomas dalam surat itu ialah untuk cari penyelesaian di luar mahkamah.

"Ini bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menerima penyelesaian di luar mahkamah," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pendedahan terbaharu mengenai surat bekas Peguam Negara itu mengundang kekecohan Dewan dan mendorong beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit mencelah.

Tony Pua (DAP-Damansara) mempersoalkan sama ada syor dalam surat berkenaan bertujuan menerima tawaran balas dikemukakan Goldman Sachs bernilai AS$1.75 bilion (RM7.3 bilion).

"Yang saya tahu, Pakatan Harapan (PH) sudah tolak tawaran itu. Kedua, dalam kenyataan bekas Peguam Negara, beliau tidak menyebut kerajaan tidak patut buat penyelesaian luar mahkamah.

"Beliau sebut masa paling baik untuk buat penyelesaian luar mahkamah adalah selepas Goldman Sachs dibawa ke mahkamah dan pengarah mereka perlu masuk mahkamah untuk hadapi tuduhan, itu berikan kita kelebihan paling maksimum untuk dapatkan tuntutan paling tertinggi.

"Dalam isu AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) nilai aset yang dijamin Goldman Sachs, mereka buat pengumuman di Bursa New York tidak akan keluarkan satu sen pun untuk membiayai jaminan itu, maksudnya AS$1.4 bilion akan diterima walaupun tiada jaminan daripada Goldman Sachs," katanya.

Bagaimanapun Tengku Zafrul membalas Tony Pua semula ketika PH berkuasa berkata, kerajaan terdahulu hanya mendaftarkan kes jenayah terhadap bank global itu dan 17 pengarahnya, namun belum ada mana-mana pengurusan tertinggi Goldman Sachs dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, proses penyerahan pertuduhan berkenaan belum terlaksana, malah 17 pengarah bank global harus perlu diekstradisi dan dibicarakan di negara ini jika pendakwaan ingin dilakukan di Malaysia.

"Proses ini tidak pernah dilaksanakan ketika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara. Sekiranya proses ekstradisi ini dilakukan, ia pasti ditentang oleh 17 pengarah berkenaan, sekali gus tiada kepastian untuk mereka berjaya dibawa ke Malaysia.

"Pada masa sama, denda terhadap syarikat mungkin tidak mencukupi untuk menanggung liabiliti daripada bon yang akan matang pada 2023," katanya.

Menyentuh isu pemulangan aset AS$1.4 bilion dan dikatakan mendapat jaminan Goldman Sachs, Tengku Zafrul berkata, nilai aset dibekukan tidak semestinya diterima pada nilai sama seperti yang berlaku dalam perolehan semula kapal layar mewah, Equanimity.

Berbanding harga pembelian AS$250 juta (RM1.04 bilion), beliau berkata, Malaysia hanya memperoleh semula separuh daripada nilai asal iaitu AS$125 juta (RM523.5 juta), tidak ditolak kos pemulihan dan penyelenggaraan.

"Begitu juga kes jet bombardier bernilai AS$35.37 juta (RM148.1 juta) yang dirampas di Singapura dan dijual pihak berkuasa negara itu pada harga AS$137,615 (RM576,400) dan Malaysia sekadar menerima AS$136,500 (RM571,730).

"Ringkasnya, tiada kepastian kita akan dapat nilai penuh aset yang dibeku dan dirampas di seluruh negara dan jumlah yang dipersetujui adalah jumlah sebenar akan diterima Malaysia, bukan nilai yang diisytiharkan daripada aset disita," katanya

Menyentuh mengenai soalan Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwaan Lim Guan Eng wang GST di’rompak’, Tengku Zafrul menjawab fakta itu dengan keputusan PAC bahawa tiada ‘rompakan’ seperti didakwa.

 

7 Comments