Anifah pilihan rakyat Sabah Ketua Menteri bertaraf dunia, kembalikan hak Sabah
12:08 Aug 16, 2020  |  By SabahKini2
Anifah pilihan rakyat Sabah Ketua Menteri bertaraf dunia, kembalikan hak Sabah

Shafie Apdal dan Warisan telah gagal memimpin Sabah. KDNK jatuh ke tahap 0.5 peratus. Janji menifesto semua gagal malah tuntutan Fiilipina terhadap Sabah Shafie berdiam diri. Sabah perlukan Ketua Menteri baru selain Shafie & Musa untuk maju dan hak Sabah

Presiden Parti Cinta Sabah yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menerima lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia, Tuan Yang Terutama Andrew Goledzinowski AM di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah jumaat lalu.

Berkongsi siaran melalui Facebook Rasminya,  Anifah berkata beliau sempat berbincang mengenai pelbagai isu, antara lain termasuk isu ancaman kepada kedaulatan Sabah, dan juga perihal pilihanraya negeri dan umum akan datang.


TYT Goledzinowski dan Dato' Sri Anifah Aman

Anifah juga turut berkongsi dengan TYT Goledzinowski mengenai visi Parti Cinta Sabah untuk menubuhkan dan membentuk Kerajaan Negeri Sabah kelak katanya lagi.

Itulah Anifah Aman Menteri Luar Malaysia yang membanggakan rakyat Malaysia. Kerja cemerlangnya meletakkan Malaysia dipersada dunia. Tiada negara tidak mengenali bekas Menteri Luar ini hatta Obama dan Trump bekas Presiden Amerika Syarikat mengenali Anifah Aman. Begitu juga hubungan baik Malaysia dengan negara Timur Tengah, China, Eropah dan lain-lain lagi. Hubungan baik Malaysia sentiasa terjaga dan sesekali bersuara keras mematahkan negara jiran seperti Filipina apabila membuat tuntutan terhadap Sabah.


Anifah Aman sebagai Menteri Luar

Disaat beliau bukan lagi Menteri Luar, Anifah terus dilawati rakan luar seperti Pesuruhjaya Tinggi Australia, Tuan Yang Terutama Andrew Goledzinowski AM.

Ini ciri pemimpin bertaraf dunia yang kita mahukan. Hubungan dengan pemimpin dunia sudah tentu satu bonus untuk memimpin negeri. Sebagai bekas Menteri Luar tidak dinafikan sumbangan besar beliau terhadap ekonomi Malaysia dan hubungan dua hala.

Sabah memerlukan pemimpin baharu bertaraf dunia untuk memimpin Sabah. Di saat pertumbuhan KDNK Sabah merosot sehingga 0.5 peratus pada 2019 (terburuk di Malaysia), rakyat hilang pekerjaan dan negara berhadapan pandemik Covid-19 sudah tentu Sabah perlu bangkit semula.

Shafie dan Warisan telah gagal memimpin Sabah. 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, memuja Dr Mahathir nampaknya Shafie gagal menunaikan manifesto dan janjinya. Royalti 20 peratus dan kutipan hasil 40 peratus gagal dicapai sehinggalah Pakatan Harapan tumbang februari lalu.

Sabah perlukan pelaburan yang tulen dari seluruh dunia bukan setakat pengumuman tetapi nampak 'Pai Ulung'. Umum berbilion tetapi kesannya tidak nampak kepada rakyat. 

Anifah gantikan Shafie dan Musa

Demi Sabah, Datuk Seri Anifah Aman mengambil alih Parti Cinta Sabah dan memberi nafas baharu kepada parti itu. Ia bukan lagi PCS yang lama namun dijenamakan semula  untuk rakyat Sabah sebagai parti berbilang kaum yang memahami denyut nadi rakyat Sabah.

Sudah tentu ia tidak sama dengan parti Warisan yang menganggap sebagai parti lokal tetapi berkiblatkan kepada Dr Mahathir Mohamad.

Seperti kata Anifah baru-baru ini yang mendapat perhatian rakyat Malaysia bahawa katanya sudah tiba masa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga merupakan abangnya berehat dan memberi ruang kepada generasi baharu mentadbir Sabah.

“Sebagai rakyat Sabah, saya menghargai apa yang Musa telah lakukan, tetapi saya fikir masanya telah berlalu. Biar orang baharu mengambil alih. katanya.

Begitu juga Shafie menunjukkan dirinya lemah apabila Sabah dituntut Filipina beliau berdiam diri kepada perkara yang boleh menggugat kedaulatan Sabah.

“Kamu tahu, kita ada banyak isu tetapi Shafie jenis pemimpin lebih suka serahkan isu-isu besar apatah lagi menyentuh kedaulatan negeri kepada pihak lain tetapi masih ada hati untuk terus memimpin dan kononnya mahu perjuangkan nasib rakyat di sini.

“Tindak tanduknya pula tidak mencerminkan kesungguhan beliau seperti di pentas-pentas politik. Takut sungguh untuk berhadapan dengan kuasa asing, lebih rela tunduk dan sekadar berharap kepada persekutuan untuk mempertahankan negeri ini? Adakah kita mahu Sabah dipimpin oleh pemimpin penakut? Biar yang lain cuba jajah kita.

“Apa yang Shafie takut sangat? Kedaulatan Sabah tidak boleh bergantung kepada pemimpin yang lemah dan tiada pengalaman seperti Shafie. Dalam dua tahun ini, apakah sebenarnya pencapaian ketua menteri ini sehingga isu ini sendiri sembunyikan diri?” katanya Anifah.

Anifah pejuang hak dan pertahankan Sabah

Anifah ketika sebagai Menteri Luar juga adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan berkaitan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang berusaha merealisasikan MA63 secara konsensus.

Banyak perkara yang telah dicapai namun memerlukan lagi usaha jitu untuk tuntutan royalti 20 peratus dan kuasa 40 peratus hak hasil bagi Sabah. Shafie dan Warisan juga ketika berkuasa di pusat juga masih gagal menjayakan malah Jawatankuasa Khas Kementerian ditubuh PH untuk menyemak semula MA63 juga gagal.


Ketika Dato’ Sri Anifah Aman menjadi Menteri Luar juga beliau adalah Menteri paling tegas menolak tuntutan Filipina terhadap Sabah dan tidak ada istilah berunding mengenai hak Malaysia terhadap wilayahnya. Rakyat Sabah boleh menyemak dalam media bukti Anifah Aman bertegas mempertahankan Sabah. Shafie Apdal sejak dari Ketua Menteri sedikit pun tidak berbunyi mempertahankan kedaulatan negeri ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- 31 Januari 2018: Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah

[ARTIKEL BERKAITAN- 2 Februari 2018: Musa dan Anifah pertahankan Sabah dari tuntutan Filipina

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 Februari 2018: Tiada Rundingan Kerana Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Terhadap Sabah - Anifah ]

Terbaru Anifah Aman mengecam sekali lagi dakwaan Setiausaha Luar Negeri Filipina Teodoro Locsin Jr yang mengatakan Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

"Saya selalu menyatakan bahawa kami tidak mengiktiraf dan tidak akan memenuhi tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

"Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963," kata Anifah dalam satu kenyataan. Hishammuddin sebagai Menteri Luar turut mengambil respon mengarahkan Wisma Putra memanggil duta besar Filipina untuk mendapatkan penjelasan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah bukan milik Malaysia, Menteri Luar panggil Duta Filipina ]

'Sabah bukan dalam Malaysia' Anifah kecam Setiausaha Luar Filipina

Sabah perlu terus maju, ekonomi negeri perlu terus berdaya saing, rakyat perlu pekerjaan dan pendapatan rakyat meningkat. Rangkaian hubungan perniagaan dan pelaburan Sabah perlu  diperkukuhkan. Kedaulatan Sabah perlu terus dipertahankan. Rakyat Sabah kini punya pilihan iaitu  Dato' Dri Anifah Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apa kata rakyat Sabah?




 

19 Comments