Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Rafiq Naizamohideen kini Naib Presiden Bersatu
04:08 Aug 24, 2020  |  By SabahKini2
Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Rafiq Naizamohideen kini Naib Presiden Bersatu

Keputusan Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2021 menyaksikan tiga muka baharu sebagai Naib Presiden Parti. Ronald Kiandee meraih undi tertinggi

KUALA LUMPUR: Keputusan Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2021 menyaksikan tiga muka baharu sebagai Naib Presiden Parti.

Mereka terdiri daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Kanan Kluster Sosial yang juga Menteri Pelajaran Senator Dr Mohd Radzi Jidin, dan bekas Exco Kerajaan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah dimuktamadkan sebelum ini iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Pada 22 Ogos, 2020, buat julung-julung kalinya bahagian-bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Seramai 23,438 orang perwakilan telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian tersebut.

“Daripada 179 bahagian yang layak bersidang hari ini, 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” kata Syed Hamid.

Jawatan Pengerusi yang sebelum ini disandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal kosong.

Sementara itu, antara pemimpin kanan politik yang berjaya merebut tempat dalam 20 kerusi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, dan bekas pengasas Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin.

 

Comment