Kerajaan PN salur RM1.6B BPN penduduk Sabah, Kerajaan Warisan capati bantuan Covid-19
14:08 Aug 24, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan PN salur RM1.6B BPN penduduk Sabah, Kerajaan Warisan capati bantuan Covid-19

Nampak tak Kerajaan PN boleh salur RM1.6b kepada rakyat Sabah. Kerajaan Warisan beri apa? Pakej bantuan covid-19 pun masih ramai yang belum dapat. Yang kenyang kontraktor kroni.

Sebanyak RM1.6 billion telah disalurkan kepada penduduk Sabah di bawah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 14 Ogos 2020.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini termasuk 16,490 majikan di Sabah yang menerima manfaat di bawah program subsidi upah bagi mengekalkan seramai 125,487 orang pekerja bernilai RM461.62 juta.

“Selain itu, seramai 904,567 orang rakyat di Sabah telah menerima manfaat daripada BPN bernilai RM983.34 juta; sebanyak 103 PKS di Sabah telah menerima manfaat di bawah Skim Pembiayaan PKS PENJANA sebanyak RM22.23 juta,” katanya semasa sesi penggulungan Kementerian Kewangan - Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata sebanyak 19,671 PKS di Sabah telah menerima bantuan daripada geran khas prihatin berjumlah RM59.01 juta dan 3,397 PKS Mikro diluluskan Pinjaman Mikrokredit BSN dan TEKUN di bawah pakej Prihatin dan Penjana dengan nilai sebanyak RM45.35 juta.

“Di bawah itu juga, seramai 65,544 orang petugas barisan hadapan di Sabah telah menerima Elaun Khas COVID-19 bernilai RM24.49 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Azizah Mohd Dun (Beufort-Bersatu) dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi-Warisan) yang menanyakan tentang pembayaran BPN kepada penduduk di luar bandar dan kawasan pendalaman Sabah.

Malangnya bantuan Covid-19  Kerajaan Warisan di Sabah hanya khabar dari rupa masih ramai yang belum menerima bantuan itu. Paling banyak mendapat manfaat ialah projek rundingan terus kroni Shafie Apdal dan Peter Anthony. 

7 Comments