Sabah selamanya milik Malaysia- Menteri Luar
09:08 Aug 25, 2020  |  By SabahKini2
Sabah selamanya milik Malaysia- Menteri Luar

Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya menerusi ciapannya di Twitter semalam.

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk selama-lamanya.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sudah membuat pendirian sebelum ini mengenai Sabah dan tiada persoalan lagi mengenainya.

“Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya menerusi ciapannya di Twitter semalam.

Hishammuddin menyatakan demikian bagi mengulas laporan media Filipina bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Dewan Perwakilan negara itu telah meluluskan rang undang-undang yang membolehkan peta negara tersebut memasukkan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu dan Sabah dalam pasport negara itu.

“Saya nak nyatakan di Dewan (Rakyat) ini, kita tak mengiktiraf untuk memenuhi mana-mana pihak asing di Sabah.

“Pada masa sama, Sabah milik Malaysia dan akan tetap sebahagian dari Malaysia selama-lamanya,” katanya.

Semalam, dilaporkan selepas lemas dikecam, Shafie Ketua Menteri mula menggesa Kementerian Luar bersikap tegas berhubung isu ancaman terhadap kedaulatan Sabah oleh Filipina.

 

 

 

22 Comments