Kantoi 101 projek RM6.61B surat Rundingan Terus RM450 juta dilulus Guan Eng didedah semula
00:08 Aug 26, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi 101 projek RM6.61B surat Rundingan Terus RM450 juta dilulus Guan Eng didedah semula

Selepas PH menang Mei 2018 pada bulan sama MOF keluarkan pekeliling batal atau tangguh semua projek perolehan. Namun rupanya Guan Eng lulus Rundingan Terus baru kepada syarikat kroni lain.Menteri Kewangan PN kantoikan lagi PH..

Pendedahan Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion diluluskan oleh Menteri Kewangan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)!

Ia sudah tentu bercanggah dengan manifesto dan dasar PH yang diulang berkali-kali dalam media bahawa tiada lagi rundingan terus. Malah pekeliling PH juga telah membatalkan perolehan secara Tender Terhad yang pernah diamalkan sebelum.

Guan Eng yang kantoi akhirnya mengakui bahawa semua projek yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH

Namun Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet mengenai projek kelulusan secara rundingan terus.

Turut mengesahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, dakwaan Azmin bahawa Lim Guan Eng jelas berbohong mengenai kelulusan kabinet itu.

Kuasa Menteri Kewangan

Lim Guan Eng hanya menjual nama kabinet sedangkan pada hakikatnya Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang sangat besar terhadap semua kementerian. Bukan lagi rahsia Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Tony Pua mencaturkan segala projek di MOF. Tiada komisen maka akan digantikan dengan syarikat kawalan DAP

Sekalipun ia projek khas yang dibenarkan untuk rundingan terus tetapi dasar PH yang bangga melaungkan tiada ‘rundingan terus’ akhirnya memerangkap Lim Guan Eng dan PH.

Selepas PH berkuasa Mei 2018, Lim Guan Eng telah menukar pekeliling melaksanakan projek di semua kementerian. Ia langkah awal Guan Eng mengawal semua projek yang sedang berlangsung zaman BN dan bakal berlangsung di zaman PH.

Malah Guan Eng melakukan kejutan untuk Sabah dan Sarawak  apabila surat Kementerian Kewangan  (MOF) bertarikh 29 Jun 2018  menetapkan bagi projek di Sabah dan Sarawak Pegawai Pengawal mempunyai pilihan sama ada untuk membuat pertimbangan dan keputusan di peringkat Lembaga Perolehan Kementerian yang menyalurkan peruntukan tersebut atau di Lembaga Persekutuan Sabah/ Sarawak (LPPS). Beberapa kementerian seperti Kementeran Pendidikan membatalkan  perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan. Ia mencetuskan kontroversi ketika itu.



malah projek Sabah Sarawak juga akan dikawal oleh Pusat

Sebelum ini beberapa projek rundingan terus telah bocor dalam laman sosial. Netizen juga lebih awal telah mempersoalkan tindakan PH melanggar manifesto mereka. Antara projek yang tular ialah surat Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu, Tunjong Kelantan (Reka dan Bina) Secara Rundingan Terus bertarikh 26 Julai 2019 pada bulan September 2019.

 

Surat syarikat PDM Builders Sdn Bhd bertarikh 1 November 2018 yang asalnya diminitkan oleh Tun M Perdana Menteri kepada Lim Guan Eng mengarahkan Menteri Kewangan memberi kelulusan kepada syarikat itu.

“YB Menteri Kewangan, Projek ini telah diberi kepada PDM Builders. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu”.


Selepas kantoi Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan surat itu. 

Adakah saya yang tandatangan (surat)?” soalnya ketika ditanya pemberita berkenaan surat itu, yang ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan kementeriannya.

Jadi pengumuman Menteri Kewangan 101 projek Rundingan Terus satu daripadanya ialah bernilai RM450 juta seperti di atas. Paling menggelikan hati apabila bekas Menteri Kewangan berkata Rundingan Terus adalah lumrah biasa.

SPRM mengesahkan akan menyiasat semua projek Rundingan Terus PH jika sekiranya mempunyai elemen rasuah dan salahguna kuasa. Tip untuk SPRM ialah tangkap Tony Pua pasti banyak lagi akan terdedah 

 

6 Comments