VIDEO wanita meninggal di Kota Kinabalu bukan kerana Covid-19
05:08 Aug 30, 2020  |  By SabahKini2
VIDEO wanita meninggal di Kota Kinabalu bukan kerana Covid-19

Peggy Wong Bik Kee, 37 meninggal akibat penyakitnya. Beliau meninggal dibilik sewanya kawasan Jalan Tugu, Kampung Air. Bukan sebab Covid-19

Video yang Tular dikatakan kerana Covid-19 namun sebenarnya bukan. Jangan buat spekulasi

KOTA KINABALU: Misteri video tular semalam akhirnya terjawab apabila mayat yang diangkat dari sebuah bilik sewa kawasan Jalan Tugu, Kampung Air, tular di media sosial bukanlah kerana Covid-19 tetapi disebabkan penyakitnya sendiri.

Peggy Wong Bik Kee, 37, meninggal akibat penyakitnya yang dilaporkan sebelum ini iaitu kencing manis dan darah tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati wanita itu tinggal seorang di tempat kejadian sejak empat tahun lalu.

“Bilik sewa itu dibuka oleh pemilik rumah menggunakan kunci pendua dan wanita terbabit didapati terbaring di atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 1.04 petang,” katanya

Habibi berkata, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HQEI untuk ujian Covid-19 sebelum proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Habibi meminta orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan dan berhenti membuat spekulasi sementara menunggu laporan perubatan pihak hospital.

 

1 Comment