(VIDEO) Kempen Azis Warisan 'Kini Giliran Bajau Suluk' bangsa Shafie masih relevan? Apa KDMR dapat?
09:08 Aug 30, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kempen Azis Warisan 'Kini Giliran Bajau Suluk' bangsa Shafie masih relevan? Apa KDMR dapat?

Dulu sebelum berkuasa laungan Azis Jamman 'Kini Giliran Bajau Suluk' bangsa Shafie memerintah. Selepas berkuasa kempen beri dokumen anak-anak tanpa negara dan paling mengejutkan pemberian PSS. Lebih 22 bulan relevankah lagi kempen ini?


Mahu berkuasa Guna Kempen ala-ala rasis kaum. Konon Giliran Bajau Suluk! Giliran KDM sudah berlalu.
Sudah lebih 22 bulan diberi apa rakyat dapat? Projek dokumen demi dokumen..


Dah berkuasa mahu beri dokumen kepada anak-anak tanpa negara..

Lebih 20 bulan Kerajaan Warisan PH UPKO berkuasa. Misi pembangunan dibelakangkan. Misi utama mereka ialah memberi dokumen kepada warga asing. Kelulusan surat lahir lewat, anak tanpa negara, pemutihan PTI dan dokumen sah PSS untuk PTI menetap di Sabah diutamakan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

PSS akhirnya dikuburkan dalam PRK Kimanis. Kerajaan Warisan dengan berat hati terpaksa membatalkan dasar PSS itu. 

Sekarang kecoh pula isu tuntutan Filipina terhadap Sabah. Shafie seperti biasa sejak sebelum jadi Ketua Menteri hingga jadi Ketua Menteri hanya berdiam. Rupanya sudah bekerjasama dengan Kerajaan Filipina sebelum ini.

 

PRN Sabah bakal menjelang tiba. Rakyat akan menentukan pada 26 September 2020. Apakah rakyat Sabah akan beri lagi undi Warisan parti orang Semporna ini? Orang KDMR Sabah dapat apa selama Warisan berkuasa?

[ARTIKEL BERKAITAN- 8 Bukti Warisan pembela PTI di Sabah sehingga beri PSS: Fakta! ]

 

10 Comments