Kerajaan Warisan Halalkan Pam Bot: Punca penculikan, PTI Filipina masuk ke Sabah
02:09 Sep 02, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan Warisan Halalkan Pam Bot: Punca penculikan, PTI Filipina masuk ke Sabah

Insiden penculikan September 2019 tidak pernah menginsafkan Shafie Apdal. Cadangan kaji pam bot terus senyap begitu saja. Penculik, penceroboh terus masuk ke Sabah guna pam bot. Kini Filipina tuntut Sabah sudah tentu PTI akan terus masuk ke Sabah.

Kerajaan negeri zaman BN pada 7 Januari 2017 melalui Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) menetapkan pengharaman penggunaan bot pam untuk meningkatkan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) susulan insiden culik yang sering berlaku di perairan berhampiran pulau-pulau di Semporna.

Pam bot sering digunakan membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) secara haram dari negara jiran. Laporan media mengenai operasi anggota keselamatan jelas menunjukkan penggunaan pam bot boleh mengancam keselamatan perairan negara.

Bagaimanapun selepas sahaja Warisan PH UPKO memerintah Sabah langkah awal Shafie Apdal pada 23 Mei 2018 ialah mengarahkan membatalkan arahan pengharaman pam bot ini atas alasan meningkatkan pendapatan nelayan.

Shafie Apdal Ketua Menteri tidak lagi mempedulikan keselamatan rakyat. Malah katanya sekiranya penggunaan bot pam itu menjadi peralatan digunakan pihak anasir jahat (Jenayah dan PTI) pihak kerajaan dijangka akan membuat bot pam sendiri untuk mengejar mereka di perairan cetek.

Kebenaran pam bot itu membimbangkan anggota keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali ketika itu mencadangkan semua bot pam didaftarkan sepenuhnya serta diwarnakan mengikut daerah.

Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya mahu kod warna bot pam diwujudkan mengikut daerah di negeri ini.

“Sekiranya kita tidak membuat kod warna dan daftarkan sepenuhnya bot pam, beginilah jadinya. Bot pam diguna pakai dengan sewenang-wenangnya.

“Jika kita sudah daftarkan dan membuat kod warna, kita dapat mengenal pasti dari lokasi mana sesebuah bot itu datang,” katanya

Justeru, Hazani mengemukakan cadangan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, supaya menguatkuasakan peraturan mewajibkan bot pam didaftarkan.

“Tujuannya ialah memudahkan kita mengetahui dari mana sesebuah bot pam itu datang. Sebagai contoh, kita boleh tahu dengan cepat jika bot pam itu datang dari Kunak ke Lahad Datu atau bot Lahad Datu ke Kota Kinabalu,” katanya.

Awal September 2019 sebelum itu media melaporkan dua lelaki dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan negara jiran, ditembak mati di perairan Lahad Datu menggunakan dua bot pam

Shafie Apdal dan Warisan tidak pernah serik sehinggalah peristiwa penculikan pengganas Filipina berlaku lagi.

Penculikan nelayan Indonesia 23 September 2019

Media melaporkan insiden itu tiga nelayan Indonesia dilarikan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menggunakan bot pam dalam kejadian di perairan Tambisan.

Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu Datuk Omar Mammah sendiri mengesahkan insiden itu pengganas menggunakan bot pam dinaiki tiga lelaki bersenjata menuju ke sebuah lagi bot nelayan dinaiki tiga mangsa berkenaan dan bertindak mengiringi bot nelayan itu menuju keluar dari perairan negara.

Terhantuk baru tengadah

Hanya selepas kejadian berlaku barulah Shafie Apdal sedar tentang kesilapannya membenarkan penggunaan pam bot itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah memaklumkan telah dihubungi sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai perkara itu.

Katanya beliau diarahkan untuk mengkaji semula kaedah penggunaan bot pam dan mengadakan perbincangan dengan pihak atau agensi keselamatan yang lain.

“Beliau (Ketua Menteri) akan meneliti penggunaan bot pam dan kita akan tunggu dan akan berbincang dengan agensi keselamatan yang lain untuk mendapatkan pandangan dan ulasan.

Insiden penculikan di perairan Gem Reef Pulau Tambisan Lahad Datu sudah berlalu, Kerajaan PH dah tumbang hanya tinggal Kerajaan Warisan PH Plus di Sabah tetapi hingga kini Shafie Apdal selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri tidak berbuat apa-apa. 

Pam Bot adalah punca penculikan dan penyeludupan Pendatang Tanpa Izin Filipina di bawa masuk ke Sabah. Jika berlaku lagi penculikan maka ketika itu barulah Shafie Apdal bangun lagi dari tidur. Sehingga PRN Sabah Shafie Apdal tidak berbuat apa-apa mengenai pam bot ini. 

Senarai Penculik

Pada Mei 2020 Malaysia mengeluarkan senarai 21 warga asing yang dipercayai mendalangi kegiatan penculikan di pantai timur negeri Sabah selain turut mengumumkan tiada sebarang jenayah yang dilaporkan berlaku dalam tempoh wabak COVID-19 di sekitar perairan yang sering berlakunya kes penculikan.

Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Malaysia sebelum ini pernah mengeluarkan senarai nama yang sama pada Januari 2019, turut menyenarikan tiga nama baru suspek dalang bagi kumpulan penculikan di perairan Sabah yang terletak di bahagian timur kepulauan Borneo, yang bersempadanan dengan Filipina serta Kalimantan, Indonesia.

Hazani Ghazali mendedahkan tiga suspek baru itu ialah Mamay Aburi, Basaron Arok dan Alvin Yusof @ Arab Puti dengan kesemua 21 suspek terbabit dalam kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan turut aktif merancang kegiatan jenayah di Sabah sejak tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Penculik 3 nelayan Indonesia dalam senarai ‘orang dikehendaki’ Esscom ]

Hari ini Pesuruhjaya Polis Sabah baharu Datuk Hazani Ghazali yang dahulunya adalah Komander ESSCOM sudah tentu lebih tahu dan perlu bertegas mencadangkan pengharaman pam bot semula atau meluluskan pendaftaran pam bot mengikut warna seperti cadangan sebelum ini.

Isu-isu tuntutan Filipina terhadap Sabah

Semalam Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr sekali lagi menambahkan kontroversi isu tuntutan Sabah apabila beliau akan menghidupkan semula sebuah pejabat di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) yang dikhaskan sebagai usaha merebut semula Sabah.

Menerusi Twitternya semalam Locsin berkata, terdapat “biro lama dalam DFA yang secara eksklusif menumpukan perhatian pada masalah itu”, merujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Borneo Utara.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) tuntut Sabah dihidupkan semula kata setiausaha luar ]

Ia susulan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membuat keputusan membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320km Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah dalam pasport negara itu.

Perkembangan terbaru ini pasti akan menaikkan semangat pengganas atau penculik Filipina untuk terus masuk ke Sabah.

 

 

10 Comments