Mana SPRM? Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B Peter, projek belum laksana bayar dahulu 'pau' dana pilihanraya
02:09 Sep 03, 2020  |  By SabahKini2
Mana SPRM? Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B Peter, projek belum laksana bayar dahulu 'pau' dana pilihanraya

Jun lalu SPRM memanggil Peter kes RM1.5B ini. Namun kini terus senyap. Kini sumber JKR maklum projek ini telah dibayar kepada kontraktr kroni tetapi projek belum laksana. Semua ini demi dana PRN 'pau' kontraktor. SPRM wajar siasat semula

SPRM telah memanggil Datuk Peter Anthony pda 9 Jun lalu berhubung siasatan kes RISDA dan juga projek skandal Rundingan Terus JKR RM1.5B kepada 5 syarikat. Sehingga kini hanya dua kes Peter didakwa iaitu kes RISDA dan juga penggunaan dokumen palsu tuntutan syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn Bhd yang bakal disebut semula 10 September ini.

Apa status kes skandal Rundingan Terus RM 1.5b itu terus misteri hingga sekarang sekalipun bukti-bukti dokumen surat rundingan terus didedahkan.

14 Februari 2020 Sabahkini2 membongkar skandal rasuah Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender. 

EMPAT siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

Lebih mengejutkan syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  yang dilantik oleh Datuk Peter Anthony dengan kontrak RM325 juta penamanya ialah Safineh bin Doto yang dikaitkan dengan kes pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan juga peguamnya yang hilang Michael P Ubu. Pada Jun 2020 Peter dan Michael Ubu didakwa pengubahan wang haram dan pecah amanah. Safineh bin Doto kroni Peter Anthony dalam kes RISDA merupakan penama Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang disebut dalam kes mahkamah sekaranng.

[ARTIKEL BERKAITAN-Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta ]






Komisen PRN Sabah: Kerja tak jalan 'Claim' sudah dibayar

Sumber dalaman JKR mendedahkan projek Rundingan Terus RM1.5B belum dilaksana namun pembayaran telah dibuat kepada 5 syarikat di atas. Ini ada kaitan dengan PRN Sabah sekarang dan wang pembayaran kepada syarikat merupakan dana Pilihanraya Peter dan Parti Warisan.

SPRM mesti menyiasat semula projek RM1.5b ini. Bagaimana projek yang tidak dilaksana tetapi tuntutan bayaran kerja sudah dibayar kepada semua syarikat. Ini sangat mencurigakan. Jika benar ia salah guna kuasa Datuk Peter Anthony dan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

S.Karunanithy Pengarah SPRM Sabah perlu bertindak segera jika beliau bersekongkol dengan Shafie Apdal hantar Pegawai SPRM dari Bahagian Operasi Khas (BOK) menyiasat kes.

 

 

 

9 Comments