[VIDEO] Lagi Warisan Berebut Tanah di Sepanggar! Datu Akjan Sulu, Azis Jamman bersubahat?
12:09 Sep 08, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Lagi Warisan Berebut Tanah di Sepanggar! Datu Akjan Sulu, Azis Jamman bersubahat?

Insiden perebutan tanah di Kg Muhibbah dan Kg Baru Menggatal tercetus. Isu tanah bukan baru di Sepanggar. Sebelum ini Azis Jamman pernah menyokong ketua cawangan isu tanah Kg Kampung Kurol Melangi Teluk Likas. Kini orang tengahnya Datu Akjan 'Sulu'

Sejak semalam tular video insiden berebut tanah penduduk kampung di percaya di Kg Baru Menggatal. Pertikaian tanah yang panjang di kampung itu menunjukkan kelibat individu kontroversi penyokong Warisan Datu Akjan Datu Ali Muhammad sebagai orang tengah.

Tidak diketahui status pertikaian tanah itu namun kelibat Datu Akjan dan juga Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar menunjukkan keadaan itu agak serius.

Datu Akjan juga sebagai wakil telah menunjukkan surat Mahkamah Anak Negeri mengenai pengesahan Lot Tanah Perkampungan di Kg Muhibbah dan Kg Rakyat Baru Menggatal pemilik tanah Dato' Sri Jenar Haji Lamdah dan isterinya Fatimah.

Bagaimanapun orang kampung tidak berpuas hati dan akan membuat laporan polis serta menunggu pengesahan mahkamah semula berhubung status tanah itu. 

Untuk rekod Dato' Sri Jenar Haji Lamdah bekas Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) pada 2008 hingga 2011 dan pemilik Habiba Suites. 

Datu Akjan pula merupakan pemimpin NGO pro Warisan yang sentiasa mencipta kontroversi di Sabah. Manakala Datuk Azis tidak menghairankan dengan isu-isu tanah di kawasan Parlimen Sepanggar

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS! ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  [VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman mengaku tandatangan surat sokongan Arsad Ketua Cawangan Warisan mohon tanah Likas ]

 

13 Comments