Penjawat awam negeri Sabah tidak dibayar gaji hujung tahun ini?
12:09 Sep 09, 2020  |  By SabahKini2
Penjawat awam negeri Sabah tidak dibayar gaji hujung tahun ini?

Kerajaan Warisan gagal urus ekonomi,KDNK 0.5 % rakyat hilang pekerjaan, pengangguran meningkat. Rezab kewangan negeri RM3b semakin habis. GLC negeri diarah buang pekerja, tidak bayar gaji atau cuti..

Disebalik seribu alasan Kerajaan Warisan menjunamnya ekonomi Sabah dengan catatan pertumbuhan KDNK tahun 2019 hanya  0.5% terendah di Malaysia, 7 negeri mencatatkan prestasi lebih baik 2019 dan prestasi pertumbuhan KDNK melebihi paras nasional.

Persoalannya mengapa 7 negeri itu prestasi lebih baik, Sabah buruk? Pemimpin Warisan seperti Shafie Apdal dan Azis Jamman memberi alasan  kelembapan ekonomi dunia mempengaruhi ekonomi Sabah sesuatu yang sangat dangkal. Penurunan KDNK mendadak dua tahun ini sejak 2018 ke paras 1.5 peratus dan kini 2019 0.5 peratus satu bukti jelas Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal gagal mengurus ekonomi negeri.

Pertumbuhan KDNK Malaysia misalnya dari 4.8 peratus turun 4.3 peratus iaitu 0.5 peratus sahaja. Jadi alasan kelembapan ekonomi dunia hanyalah retorik Warisan.

Artikel Sabahkini2 sebelum ini menjelaskan betapa teruknya ekonomi Sabah yang rakyat Sabah sendiri masih dibuai mimpi. Di Daerah Pitas misalnya 1 daripada 2 orang rakyatnya adalah miskin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas ]

Dengan prestasi ekonomi Sabah yang teruk sudah tentu ia memberi kesan kepada rakyat Sabah. Jumlah kemiskinan mutlak Sabah 19.5 peratus merupakan adalah tertinggi di Malaysia berbanding Kelantan  iaitu 12.4 peratus. Ini bermakna 1 daripada 5 isi rumah di Sabah adalah miskin.

Bagaimana dengan pekerjaan?

Faktanya seramai 112,000 orang penganggur di Sabah tahun 2018. Data Jabatan Statistik Malaysia dan Persatuan Majikan-Majikan Sabah menunjukkkan kadar pengangguran di Sabah berada di tahap kedua tertinggi di negara ini sejak tahun 2018 iaitu 5.8 peratus selepas WP Labuan (7.1%). Kadar ini  lebih tinggi daripada kadar pengganguran Malaysia pada 3.3%.

Dengan kadar 5.8 peratus ini pengangguran di Sabah terus meningkat pada tahun 2019 apabila terdapat 117,000 orang penganggur di Sabah.

Jumlah ini pastinya terus meningkat selepas krisis pandemik COVID-19 lebih ramai dibuang kerja dan menganggur.

Bagi tahun 2019 direkodkan seramai 1,908,600 orang  di Sabah, di mana 42% daripadanya adalah pekerja asing! Iaitu 4 daripada 10 orang pekerja di Sabah adalah pekerja asing.

Bagaimana Kerajaan Warisan mahu menangani isu pencapaian ekonomi lembap Sabah dan juga pengangguran di kalangan rakyat?

Indikator lain jelas menunjukkan bukan sahaja rakyat terkesan ketiadaan pekerjaan tetapi jumlah majikan perniagaan di Sabah juga telah menurun sebanyak 10% dalam tempoh satu tahun iaitu 51,200 (2018) dan  46,300 (2019).

Apa Ketua Menteri Warisan lakukan?

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula hanya mampu menyalahkan rakyat kononnya bersikap memilih kerja wal hal ekonomi Sabah berada dalam situasi sangat bahaya. Menyalahkan kelembapan ekonomi dunia sedangkan data ekonomi menunjukkan sebaliknya. Rakyat bukan bodoh ditipu. Rakyat boleh membaca statistik.

Pelaburan berbilion ringgit yang diumumkan Warisan sejak 26 bulan lalu hanyalah sebuah pengumuman tetapi tidak memberi impak kepada ekonomi Sabah. Terbukti sejak dua tahun lalu KDNK menjunam amat drastik. Semua pelaburan itu 'Pai Ulung' dan hakikatnya yang kenyang kroni Shafie Apdal sahaja

[ARTIKEL BERKAITAN-Ekonomi teruk Shafie salahkan macai Musa tetapi lantik macainya sapu projek RM1.5B, pelaburan 'Pai Ulung' berbilion ringgit ]

Berapakah Rezab Sabah sekarang?

Pada Jun 2018 Shafie Apdal dan Warisan selepas merampas kerajaan membuat naratif kononnya Sabah tidak punya wang atau Rezab Sabah RM4 bilion hanyalah sebagai penipuan 'Creative accounting' namun akhirnya kantoi apabila Shafie Apdal sendiri mengesahkan kedudukan kewangan kerajaan negeri Sabah pada 18 Jun 2018, menunjukkan wang awam berjumlah RM3.305 bilion direkodkan. Shafie terpaksa U-Turn mengesahkan pembohongannya

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar, pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN ]

Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar,  pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN

 Bukti-bukti penipuan Warisan sebelum ini

Hari ini Kerajaan Warisan Sabah tidak pernah berani mengumumkan rezab kerajaan negeri. Tetapi hakikat sebenarnya yang perlu ditelan ialah Shafie Apdal diselamatkan oleh Rezab lebih RM3 bilion ditinggalkan oleh kerajaan BN itu. Jika tidak Kerajaan Negeri tak akan mampu membayar gaji pun. 22 bulan bersama Dr Mahathir dan PH sedikit sebanyak menyelamatkan sumber kewangan negeri namun kali ini bagaimana? Royalti 20% juga gagal ditunaikan oleh Dr Mahathir.

Hanya beberapa bulan PH tumbang Kerajaan Negeri sudah terkial-kial membayar gaji agensi kerajaan seperti Majlis Daerah, elaun pemimpin masyarakat malah gaji GLC Negeri seperti anak syarikat Yayasan Sabah gagal dilunaskan. Anak-anak syarikat Yayasan Sabah juga diarah membuang pekerja atau memberi cuti tanpa gaji. ia tidak pernah berlaku sebelum ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- "Dah 3 bulan kami tidak dibayar," kata pekerja Kolej Universiti Yayasan Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!

[ARTIKEL BERKAITAN- Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Staf potong gaji tapi Pengerusi, Pengarah YS, Menteri pejabat baru lengkap jakuzi, perabot mewah RM6 juta

[ARTIKEL BERKAITAN-  (VIDEO) Selepas dibalun rakyat, Shafie berang arah SKN rombak UCSF, staf dibayar gaji penuh]

 

Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!

 
Hanya selepas dibalun rakyat barulah Shafie Apdal mengarahkan Yayasan Sabah membayar gaji anak-anak syarikatnya. Ramai penganalisis ekonomi percaya sedikit masa lagi Kerajaan Warisan Sabah tidak akan mampu membayar gaji penjawat awam negerinya. Tanda-tanda sudah bermula. Malah tidak menghairankan Kerajaan Warisan mula menjual aset-aset negeri dan mungkin akan membuat pinjaman. 

Belum kita kira lagi kadar pengangguran siswazah di Sabah yang mencecah 8.6 peratus setahun.  Bayangkan apa berlaku selepas PRN Sabah jika ekonomi Negeri Sabah terus menguncup. 

 

-Azrain Iskandar

17 Comments