PRN Sabah: BN tanding 31 kerusi, Salleh, Raime, Kamarlin, Jumat,James Ratib kembali
09:09 Sep 10, 2020  |  By SabahKini2
PRN Sabah: BN tanding 31 kerusi, Salleh, Raime, Kamarlin, Jumat,James Ratib kembali

Bung Moktar bertanding di DUN Lamag manakala bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setakat ini tidak tersenarai sebagai calon.

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.

Bung Moktar bertanding di DUN Lamag manakala bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setakat ini tidak tersenarai sebagai calon.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Seorang lagi pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, tiada dalam senarai calon.

Bung Moktar berkata calon yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik dan diyakini mampu memenangi kerusi di kawasan masing-masing.

"Calon yang dipilih dilihat dari segi latar belakang, mesra rakyat dan yang paling penting calon itu diterima oleh rakyat dan mampu menang," katanya.

UMNO meletakkan 95 peratus muka baharu serta menampilkan dua calon wanita pada pilihan raya negeri kali ini.

"Daripada 31 orang calon, 95 peratus adalah muka baharu. Dua wanita," katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, Bung Moktar berkata semua ahli UMNO digesa agar tidak mempertikai keputusan calon yang dibuat pemimpin parti itu.

"Saya minta maaf kepada kawan-kawan saya, perkara paling sukar dalam hidup saya ialah menentukan agihan kerusi dan tentukan calon yang bertanding," katanya.

Berikut senarai kerusi yang ditandingi BN:

Banggi - Akram Ismail

Bengkoka - Harun Durabi

Pitas - Sufian Abdul Karim

Tempasuk - Mohd Arsad Bistari

Usukan - Datuk Seri Salleh Said Keruak

Pantai Dalit - Jasnih Daya

Karambunai - Datuk Yakub Khan

Darau - Datuk Jumat Idris

Tanjung Aru - Mohd Reduan Aklee

Tanjung Keramat - Shahelmy Yahya

Pantai Manis - Mohd Tamin @ Tamin Zainal

Bongawan - Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin

Lumadan - Datuk Kamarlin Ombi

Sindumin - Sani Miasin

Kemabong - Datuk Raime Unggi

Telupid - Abdul Wahab Abdul Ghani

Sugut - Datuk James Ratib

Gum-Gum - Suhaimi Nasir

Sungai Manila - Mokran Ingkat

Sungai Sibuga - Mohamad Hamsan Awang Supian

Sekong - Hazulizah Md Dani

Kuamut - Juhari Janan

Lamag - Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sukau - Datuk Jafry Ariffin

Tungku - Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai

Kunak - Halid Harun

Sulabayan - Abdul Manan Indanan

Balung - Hamild @ Hamid Awang

Kukusan - Chaya Sulaiman

Tanjung Batu - Andi Muhammad Surady Bandy

Paginatan - Junaidi Sahat

 

2 Comments