[VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN
03:09 Sep 12, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN

Projek IC terbaru Warisan selain beri sijil lahir lewat, cubaan PSS kini guna identiti orang sudah meninggal sebagai identiti baru. Fauziah Filipina IMM13 kini bernama Rohana punya IC, boleh mengundi dan ahli parti. Bila kantoi cuba diselamatkan!

 
Dengar pendedahan Projek IC ini

TAKTIK wanita warga asing pemegang IMM13 menggunakan dokumen milik individu bernama Rohana Maksan yang sudah meninggal dunia akhirnya terbongkar selepas dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam satu surat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah bertarikh 26 Ogos 2020 mendedahkan status siasatan kes pemegang kad pengenalan Rohana Maksan nombor kad pengenalan 910226-12-6XXX yang kini kad pengenalan itu dirampas oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN.

Penama atas nama Rohana Maksan yang kini adalah Ahli Jawatankuasa Wirawati Bahagian Kalabakan merupakan penyelaras Wirawati P.191 Kalabakan 2016 dan Penyelaras Wirawati N.59 Tanjung Datu yang kini bersama Rina Jainal (Ketua Wirawati) calon Warisan DUN Kukusan

Rohana dilaporkan menggunakan identiti palsu sedangkan adik-beradiknya yang masih memegang dokumen IMM13 masih hidup. Suaminya Amir Husin Abdul Jalil merupakan AJK Bahagian Warisan Kalabakan.

Suami bersekongkol dapatkan IC palsu

Ketua Bahagian Warisan Kalabakan Saripuddin Hatta dan juga Ahli Parlimen Kalabakan dilaporkan turut menyokong dokumen Rohana. 

 

Dalam satu rakaman audio (di atas) yang tular dipercayai pegawai bersama suaminya Amir Husin mengesahkan nama sebenar Rohana adalah Fauziah yang kini bapa dan adik-beradiknya masih hidup. Keterangan pengakuan juga telah diperolehi.

“Kami sudah mengambil keterangan adik beradik dia buat pengakuan nama sebenar Rohana ialah Fauziah, dia anak ke empat dibawa daripada Filipin datang Sabah pernah berkahwin dengan pegawai imigresen mungkin dengan cara itu dia dapat IMM13.

Dia kahwin dengan encik (Amir Hussin), saya tak tahu bagaimana dia dapat dokumen IC dia pegang sekarang. Dia ini cukup membuktikan dia sepadan dengan adik-beradik lain. Kita boleh kesan menggunakan mahkamah jika pemeriksaan DNA dilakukan” kata perbualan itu.

Bukti Shafie Apdal dan Kerajaan lindungi PTI Filipina IMM13 dapat Projek IC

Turut didedahkan ialah mesej aplikasi whatapps yang membuktikan suami Rohana, Amir menggunakan kedudukannya sebagai AJK Warisan membuat aduan kepada Ketua Menteri Sabah menyelamatkan isterinya.

‘Macam yang info sebelum ini tunggu apa isi surat aduan Amir kepada Ketua Menteri. Kami ok saja sebab pengakuan isterinya serta kakak sebenar telah diperolehi mengesahkan dia penyamar guna sijil lahir orang yang telah mati dan dia sebelum ini pemegang IMM13 bukannya warga tempatan”.

Menurut sumber ramai Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang menggunakam IC (Kad Pengenalan) berjumpa Ketua Menteri meminta tolong.

Rantaian mesej Aplikasi Whatapps itu dilampir di sini.

 

Antara perbualan WhatApps mendedahkan PTI memiliki IC menggunakan identiti orang lain

 

Pada Oktober 2018 Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Darell Leiking berkata beliau akan keluar daripada parti itu sekiranya ada bukti bahawa Warisan memberi kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah malah sehingga hari ini mencabar pihak-pihak tertentu mengeluarkan bukti.

Kini bukti di depan mata seorang AJK Bahagian Kalabakan Amir yang disokong oleh Ketua Bahagian malah Ketua Menteri memberi IC kepada Fauziah isterinya menggunakan identiti Rohana Maksan. Dengan identiti Rohana itu isterinya boleh menjadi pemilih dalam Pilihanraya dan AJK Wirawati Warisan Kalabakan. 

Sokongan Azis Jamman kepada PTI ketika sebagai Timbalan Menteri KDN

Ramai percaya ketika Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri pemberian projek IC dan sokongan warga asing memiliki dokumen lebih ramai berlaku. Lantaran itu usaha Kerajaan Warisan sangat tergesa-gesa mahu mengadakan Pas Sementara Sabah (PSS) untuk menyelamatkan pemegang dokumen IMM13, kad burung-burung dan sijil banci. Bagaimanapun rakyat menolak kempen PSS Warisan di PRK Kimanis Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

Begitu juga dengan  sindiket guna nama Azis Jamman sekitar november 2018 apabila satu tangkapan dibuat terhadap pemilik premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu sindiket kad pengenalan. Beberapa borang dan dokumen ditemui. Borang itu dikatakan akan di hantar ke pejabat PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR, ALAM MESRA untuk di proses selama (3) bulan. Pihak pejabat tersebut seterusnya menghubungi semula apabila kelulusan diterima untuk proses penukaran IMM13 ke dokumen MYPR ( IC MERAH). Yang menjadi kambing hitam adalah seorang wanita pekerja syarikat. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]



 

Siasat dan dedah status kes Rohana Maksan Wirawati dan isteri AJK Warisan Kalabakan

Rakyat perlu tahu apa status kes ini sekarang. Memandangkan Fauziah aka Rohana ini mempunyai kad pengenalan palsu dan menjadi pemilih Kerajaan perlu bertindak segera.

Adalah sangat jelas mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) Rohana Maksan dan suaminya bersalah kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

38 Comments