Veveonah, Pitas termiskin dan gagalnya Kerajaan Warisan di Sabah
04:09 Sep 13, 2020  |  By SabahKini2
Veveonah, Pitas termiskin dan gagalnya Kerajaan Warisan di Sabah

Isu Vevenoah bukan sekadar isu liputan jalur lebar yang lemah di luar bandar tetapi isu kemiskinan. Pitas antara daerah miskin di Sabah. Kemiskinan mutlak di Pitas ialah 53.6 peratus iaitu setiap 1 daripada 2 isi rumah di Pitas adalah miskin.

Isu adik Veveonah Mosibin yang terpaksa panjat pokok untuk mengambil peperiksaan atas talian jelas menunjukkan cabaran hebat yang dihadapi untuk membangun negeri Sabah.

Adik Veveonah tinggal di sebuah kampung kecil yang terletak dalam daerah Pitas.

Keluasan daerah Pitas (1,469.2 km²) lebih besar dari seluruh negeri Pulau Pinang (1,048 km2) tetapi jumlah penduduk Pitas cuma sekitar 40,000 orang.

Masa dia panjat pokok, adik Veveonah dilaporkan sedang tinggal dalam sebuah gereja amat kecil (gambar) kerana rumah keluarganya sedang dibaik pulih.
https://www.facebook.com/100033851748556/posts/288073832331006/?d=n

Dilaporkan juga ayah Vevenoah kerja sebagai seorang buruh dan keluarganya terpaksa berpindah ke pekan untuk mencari kerja.

Jelas kelihatan, penyelesaian isu adik Vevenoah bukan sahaja terumpu kepada liputan jalur lebar laju yang stabil serta murah ke kawasan luar bandar tetapi memerlukan satu pelan menyeluruh untuk menaikkan ekonomi dan kesejahteraan Sabah.

Masalah jurang digital ini bukan masalah Sabah dan Malaysia sahaja. Malah ianya dihadapi oleh seluruh dunia termasuk negara paling maju dan kaya.

"June 2020: America’s digital divide is an emergency"
https://www.washingtonpost.com/…/americas-digital-divide-i…/

"Mac 2020: Why China’s digital divide, exposed by coronavirus crisis, is not going away any time soon"
https://www.scmp.com/…/why-chinas-digital-divide-exposed-co…

Dari dulu lagi, kerajaan BN masa saya PM menyedari kepentingan perkhidmatan jalur lebar dan cabaran jurang digital ini.

Sebab itu kita melaksanakan pelbagai langkah seperti projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 1 dan 2 (HSBB), projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Sabah dan Semenanjung ataupun Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang kosnya cecah RM1 bilion.

Kerajaan BN juga mewartakan Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) melalui SKMM berkuat kuasa pada 1hb Januari 2018 yang mengarahkan semua Telco untuk menurunkan harga broadband dan Internet masing-masing setiap tahun secara drastik bermula tahun 2018 hingga ke tahun 2020.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156671685135952

(Perlaksanaan MSAP inilah yang digunakan oleh PH untuk curi kredit bahawa merekalah yang turunkan harga jalur lebar pada tahun 2018)

Dengan itu, kadar langganan jalur lebar di Sabah naik dari 11.9 setiap 100 rumah tangga ke 81 sekarang - namun masih di bawah purata seluruh Malaysia yang cecah 127 rumah tangga.

Menyedari ianya akan mengambil masa untuk membina infrastruktur jalur lebar yang murah terutamanya di kawasan luar bandar, kerajaan BN dulu juga mula membina Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara untuk menyediakan khidmat internet pantas secara percuma kepada Rakyat sebagai langkah sementara.

Selepas staff TM melawat Veveonah, TM telah menaikkan kelajuan khidmat jalur lebar di Pusat Internet 1Malaysia yang paling dekat dengan pelajar tersebut serta berjanji akan menaiktaraf liputan jalur lebar di kawasan itu.

"6 Jul 2020: TM Sabah Naik Taraf Kelajuan Pusat Internet Di Pitas Kepada 300Mbps"
https://mdaily.co/tm-sabah-naik-taraf-kelajuan-pusat-intern…

Namun ini cuma internet sahaja. Usaha untuk menaikkan nasib serta mencerahkan masa depan keluarga Veveonah dan seluruh warga Sabah perlu rancangan lebih menyeluruh dan hanya dapat dilaksanakan jika kerajaan negeri mendapat bantuan kerajaan pusat yang benar-benar ikhlas untuk menaikkan Sabah.

Semasa PM4 menjadi PM selama 22 tahun, dia jarang melawat Sabah dan tidak melaksanakan apa-apa projek pembangunan yang signifikan untuk Sabah (kecuali Projek IC lah).

Akibatnya, kadar kemiskinan tegar (hardcore poverty) Sabah terus meningkat ke lebih 24%.

Masa saya jadi PM, saya tahu bahawa ianya tidak adil untuk terus pinggirkan Sabah.

Sebab itu, kerajaan saya melaksanakan pelbagai projek, skim serta rancangan untuk Sabah dan saya sering melawat ke sana.

Tumpuan dan usaha ini berhasil kerana kadar pertumbuhan ekonomi di Sabah sepanjang tempoh saya PM adalah lebih tinggi berbanding kadar purata seluruh Malaysia.

Misalnya, kadar pertumbuhan KDNK Sabah pada tahun 2017 adalah 8.2% (tertinggi antara semua negeri dalam Malaysia) berbanding kadar purata Malaysia 5.9%.

Kadar keluarga miskin tegar di Sabah juga jatuh mendadak setiap tahun ke 3.9% - jauh berbeza kadar 24% masa PM4.

Ini bermakna jurang Sabah dengan semenanjung Malaysia sedang dikurangkan.

Malangnya selepas PH menang dan Tun Mahathir menjadi PM, Sabah dipinggirkan sekali lagi.

Sebagai contoh, PM7 hanya melawat Sabah 3 kali sahaja dalam tempoh 22 bulan gagalkrasi PH.

Sekali pada bulan September 2018 (4 bulan selepas PH menang PRU14) kerana dia terpaksa melawat sehari untuk merasmikan Hari Malaysia.

Kali kedua ialah dia melawat sehari pada bulan April 2019 untuk melancarkan parti PPBM Sabah.

Kali terakhir ialah bila dia melawat untuk sehari juga pada bulan September 2019 untuk bermesyuarat dengan PPBM Sabah. Dan inilah masa dia secara mengejut mengumumkan kenyataan tidak masuk akal bahawa Sabah adalah lebih kaya berbanding negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

"17 Sept 2019: Sabah, Sarawak richer than many states in Peninsula: Dr Mahathir"
https://www.theborneopost.com/…/sabah-sarawak-richer-than-…/

Projek-projek penting seperti Pan Borneo Highway yang mampu menaikkan nasib dan memudahkan keluarga Veveonah serta kampung mereka telah tertangguh.

Projek saluran gas Kimanis ke Sandakan serta loji elektrik Sandakan juga dibatalkan PH.

Projek mega Sabah seperti empangan Papar pula diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang dari semenanjung Malaysia dan bukan kepada syarikat tempatan.

Bantuan kepada Rakyat Sabah dikurangkan atau dimansuhkan. Janji-janji manifesto Sabah juga dicapatikan.

Hasilnya ialah sepanjang tempoh gagalkrasi PH, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke paling rendah antara semua negeri dalam Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% sahaja pada tahun 2019.

Sebab itu, PH tidak boleh diberikan peluang untuk terus mentadbir Sabah kerana masa kerajaan pusat bersama PH, Sabah pun gagal ditadbir dengan baik.

Apatah lagi pada masa kini selepas kerajaan pusat sudah bertukar dan Sabah sedang menghadapi krisis Covid?

Berbalik kepada adik Veveonah. Nasib pelajar yang bijak ini sedang bertambah baik.

Oleh sebab keputusan peperiksaan dia cemerlang, dia telahpun diberi biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada bulan Jun 2020 lalu sebelum semua kontroversi sekarang berlaku.

Dan adik Vevenoah kini berpeluang untuk duduk dalam asrama UMS dengan perkhidmatan jalur lebar yang laju.

Tidak perlu lagi duduk dalam gereja kecil dengan broadband yang kurang elok dan tidak lagi perlu memanjat pokok.

"Jun 2020: UMS tawar biasiswa untuk Veveonah sambung pengajian"
https://www.malaysiakini.com/news/531579

 

By Najib Razak

[ARTIKEL BERKAITAN- Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas ]

Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas

20 Comments