Calon Warisan mengaku ditahan ISA tapi rahsiakan dirinya ahli JI pertubuhan pengganas
04:09 Sep 14, 2020  |  By SabahKini2
Calon Warisan mengaku ditahan ISA tapi rahsiakan dirinya ahli JI pertubuhan pengganas

Segalanya boleh dalam Warisan. Projek IC boleh, IMM13 boleh AJK Warisan, kini bakal calon PRN pun bekas ahli pertubuhan pengganas JI. Tiada orang akan ditahan ISA kalau bukan kerana ancaman keselamatan dan keganasan.

Calon Warisan di DUN Sekong Alias Sani mengakui beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun menafikan dirinya adalah pengganas.

Katanya, beliau pernah ditahan pada 2003 hingga 2007, tetapi tidak pernah dibicarakan dan disabitkan bersalah.

Katanya, kejadian berlaku sekitar tahun 90-an ketika sedang belajar mengaji al-Quran dan memberi sedekah kepada gurunya.

"Saya tiba-tiba ditangkap tanpa dibicarakan kerana dikatakan memberi sumbangan untuk tujuan tidak baik.

Saya ditahan tanpa bicara, hanya 'preventive act'. Saya tidak menyokong keganasan.

“Apa pun namanya, apa pun bangsanya, saya orang Islam yang cintakan perdamaian. Saya akan buktikan saya bukan pengganas,” katanya, dipetik dari laporan Sinar dan BorneoToday.

Sejak semalam, tular di media sosial sekeping gambar Alias bersama petikan berita pembebasannya bersama beberapa rakan selepas empat tahun ditahan bawah Akta ISA kerana disyaki menyertai kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Katanya, ramai pemimpin terkenal juga pernah ditahan di bawah ISA seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tun M (Tun Mahathir Mohamad), DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim)


Alias Sani ditahan ISA kerana terlibat Kumpulan Militan Malaysia (KKM) dan Jemaah Islamiah (JI)

Perlu diingat Alias Sani bukan tahanan ISA politik!. Apa yang Alias Sani tidak beritahu ialah beliau ditahan ISA kerana menganggotai kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah yang juga dikaitkan dalam Kumpulan Militan Malaysia.

Lantaran itu sekitar tahun 2001 ramai anggota KMM dan JI ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

ISA merupakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia.

Alias Sani tidak akan ditangkap jika kumpulan NGO yang dianggotainya tidak terlibat dengan keganasan atau dikaitkan keganasan.

Pada 18 dan 19 Oktober 2006, 17 orang yang ditahan bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 seperti Nik Adli Nik Abd Aziz, Mohd Rafi Udin, Zid Shaharani Mohd Isa, Ahmad Pozi Darman, Zainon Ismail dan Md Lotfi Ariffin dibebaskan.

Lima tahanan ISA lain terbabit dengan Jemaah Islamiyah (JI) turut dibebaskan iaitu Abdul Samad Shukri Ismail, Mazlan Ishak, Syed Ali Syed Abdullah, Abdul Manaf Kasmuri dan Alias Sani orang Sandakan, Sabah.

Persoalannya jika Alias Sani mengaku ditahan ISA mengapa tidak beliau mengaku beliau ditahan kerana menganggotai Jemaah Islamiah (JI) sebuah jaringan kumpulan pengganas terkenal di dunia.

Bukan lagi rahsia Jemaah Islamiah kumpulan mendakwa mereka pejuang agama, berdedikasi untuk mendirikan sebuah negara Islam raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.

 

Terdapat asas kewujudan hubungan kewangan antara Jamaah Islamiyah dengan kumpulan pengganas lain, seperti Abu Sayyaf dan al-Qaeda. Dilaporkan JI sebagai sebuah kumpulan pengganas yang membekalkan sumber kewangan dan logistik kepada operasi Al-Qaeda di Asia Tenggara.

Strategi mereka ialah dengan tindakan kekerasan dengan menyasarkan kepentingan Barat yang terdapat di rantau ini.

Tokoh pengasas JI terkenal ialah Abu Bakar Basyir daripada Indonesia. Sejak tahun 2000 JI,  Abu Bakar Basyir dan orang kanannya Hambali sudah melakukan siri pengeboman gereja-gereja Kristian di Indonesia.

Abu Bakar juga dikaitkan dengan peristiwa pengeboman Bali (2002) dan pengeboman Marriott Hotel, Jakarta (2003).  Pengeboman Bali mengorbankan 202 orang di beberapa buah kelab malam di sana manakala 12 orang nyawa dalam pengeboman Hotel Marriott.

Selepas serangan tersebut, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan Jamaah Islamiyah sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa atau Foreign Terrorist Organization. Jemaah ini juga dituduh melancarkan beberapa serangan di Asia Tenggara seperti letupan bom di Zamboanga dan Metro Manila, di Filipina dan pengeboman di kedutaan Indonesia pada 2004.

Penglibatan Rakyat Malaysia

Tragedi pegeboman Bali (2002) dan pegeboman Hotel Marriott, Jakarta (2003) mengaitkan pakar bom Malaysia seorang  pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Prof. Madya Dr. Azhari Husin anak murid Basyir. Dr Azhari terlibat dalam gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan menerima latihan membuat bom selama 6 bulan di Kem Faruq, Afghanistan. 

Dr Azhari bersembunyi di beberapa tempat di Indonesia bersama orang kanannya  Nordin Mat Top yang juga rakyat Malaysia. 9 November 2005, Dr Azhari terbunuh dalam serbuan pihak polis dan tentera di rumah sewanya Batu Malang, Jawa Timur. Nordin Mat Top pula dilaporkan terbunuh pada 8 Ogos 2009 dalam serbuan polis di Jawa Tengah, Indonesia.


Ahli JI terkenal di Malaysia mendalangi serangan bom. 

Alias bukanlah pemimpin kanan JI tetapi beliau adalah anggota yang dilatih mewakili Sabah. Oleh itu penahanan Alias Sani dalam ISA bukan jenayah biasa tetapi menganggotai pertubuhan pengganas dan mencari dana untuk pertubuhan itu atas nama jihad. Alias sendiri mengaku mereka belajar agama dan mengumpul dana bagi gerakan mereka.


Selepas ideologi PAS tidak sesuai, Alias melompat menyertai Parti Amanah

Sebab itulah Alias ditahan ISA tuduhan tanpa bicara. Hanya kerana tiada bukti kukuh tidak bermakna Alias Sani tidak terlibat. Dia adalah ahli kumpulan JI bermakna beliau bersubahat malah bersetuju dengan dasar-dasar perjuangan jemaahnya. 

Rakyat Sabah tidak perlu bersimpati kepada ahli kumpulan JI yang pernah mengganas di Asia Tenggara. Tak perlulah Alias menafikan penglibatannya sebagai anggota JI kerana faktanya PDRM tidak akan menahan seseorang di bawah Akta ISA jika seorang tidak terlibat keganasan terancang dan subversif yang boleh memudaratkan orang lain.

Pastinya misteri Alias Sani akan terus dibongkar penglibatannya dengan Jemaah Islamiah di zaman mudanya . 


Shafie Apdal Presiden Warisan memilih Alias Sani anggota JI pengganas sebagai calon Warisan/Amanah di DUN Sekong.
Mungkinkah pengundi Sekong akan menggundi Pengganas JI yang terlibat
dengan pengeboman hotel dan juga gereja di Indonesia? Inikah maksud In God We Trust?

  

Pembiayaan dana pengganas IS, Kumpulan Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiah

Laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai keganasan pada tahun 2018 telah menyatakan peranan berterusan Malaysia sebagai "sumber dan titik transit" bagi kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS).

Ia juga mengambil maklum langkah-langkah Malaysia dalam memerangi keganasan melalui pendakwaan undang-undang, rondaan sempadan dan pemantauan media sosial.

Laporan itu, yang diterbitkan oleh Jabatan Negara AS 2018 menyenaraikan empat insiden berkaitan dengan keganasan tetapi menyatakan tiada serangan berkaitan IS di Malaysia pada tahun lepas.

"Walaupun tidak ada serangan berkaitan IS di Malaysia pada tahun 2018, negara itu tetap menjadi sumber, tempat transit dan dengan ketara, negara destinasi untuk kumpulan pengganas termasuk IS, Kumpulan Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiah.

 

Laporan itu juga menyatakan pengganas Malaysia terus menjadikan Filipina sebagai destinasinya.

"Ahli gabungan IS aktif di Filipina pada tahun 2018 termasuk menjadi sebahagian daripada Kumpulan Abu Sayyaf, Kumpulan Maute, Ansar al-Khalifa Filipina (AKP) dan elemen Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

"Filipina tetap menjadi destinasi pejuang pengganas asing dari Indonesia dan Malaysia, serta destinasi berpotensi bagi mereka yang melarikan diri dari Syria dan Iraq," kata laporan itu lagi.

 

16 Comments