Jangan hina polis, tentera perang dengan ayam anjing kata bekas Timbalan Ketua Polis Negara
10:09 Sep 21, 2020  |  By SabahKini2
Jangan hina polis, tentera perang dengan ayam anjing kata bekas Timbalan Ketua Polis Negara

Selepas Mohammadin Ketapi MP Silam yang juga calon Warisan DUN Segama menghina polis dan tentera kini bekas Timbalan IGP Tan Sri Bakri Zinin tampil mengecam Mohammadin dan Warisan.

Terpanggil saya memberi ulasan, tentang individu mempertikaikan dan memperkecilkan  peranan Agensi Keselamatan dalam insident pencerobohan bumi Sabah  di Tanduo Lahad Datu, Sabah. Ingatan awal diberikan jangan bermain api kerana ada insan terluka atas ulasan ini.

Biarlah arena politik dimainkan dengan berfakta. Mempersendahkan peranan Polis dan Tentera dengan olok olokan bahawa kita berperang dengan ayam dan anjing adalah menjijikkan integriti penyampai (Mohamaddin Ketapi) yang tidak faham keperitan kita berjuang untuk mempertahankan bumi ini.

Biarlah bercakap fakta kerana itu lebih matang dan berguna. Kenapa sekarang nak memberi ulasan sedemikian. Kenapa tidak timbul semasa kejadian? Lari dari daerah yang bergolak kerana takut.


Sebahagian Pengganas Sulu yang terkorban..- Bukan anjing atau ayam

Apakah tidak sedar bahawa nyawa insan yang gugur tidak akan kembali. Nilai individu ini sama seperti katak yang hanya tahu tempurung yang didiaminya. Sedarlah tanpa kita dia tidak berdiri megah di atas pentas politik diberikan mandat. Tertawa riang saya rasa jijik melihat sikapnya. Pemimpin hanya layak memimpin tong sampah.

By


Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Bakri Mohd Zinin 
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara.

15 Comments