Balik dari Sabah Adun DAP positif Covid-19
20:10 Oct 05, 2020  |  By SabahKini2
Balik dari Sabah Adun DAP positif Covid-19

Adun Kampung Tunku itu berkata beliau mula mengalami gejala selepas ujian saringan pertama pada 27 September setibanya di KLIA2, ujian kedua pada 2 Oktober dan disahkan positif hari ini.

ADUN DAP Selangor, Lim Yi Wei adalah ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19 selepas berkempen untuk calon DAP dalam pilihan raya negeri Sabah.

Adun Kampung Tunku itu berkata beliau mula mengalami gejala selepas ujian saringan pertama pada 27 September setibanya di KLIA2, ujian kedua pada 2 Oktober dan disahkan positif hari ini.

“Dengan penuh rasa kesal, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah didapati positif Covid-19,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli politik DAP itu berkata pasukannya juga menjalani kuarantin dengannya sejak 27 September dan akan menjalani ujian saringan kedua minggu ini.

“Pasukan saya juga mengamalkan pengasingan kendiri sejak hari pertama kami kembali. Mereka juga mendapat keputusan ujian saringan pertama yang negatif dan akan menjalankan ujian saringan kedua dalam waktu terdekat,” tambah Lim.

Beliau meminta semua orang yang kontak rapat dengannya selama 14 hari terakhir untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan terdekat.

 

 

 

32 Comments