Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat
07:10 Oct 07, 2020  |  By SabahKini2
Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat

Adun DAP yang berkempen dengan Shafie Apdal dan Lim Guan Eng positif Covid-19. Wartawan BH sahkan hadir rumah Shafie. Shafie dilapor lari ke KL naik jet peribadi pun tak kuarantin diri. Muncul di Sabah semula dalam pelbagai majlis. Apa sudah jadi?

Shafie yang dilaporkan 3 Ogos lalu sanggup mati kerana mengadakan PRN demi pertahankan kerajaan Warisan yang dirampasnya 12 Mei 2018 nampaknya kini sedang menuai hasilnya.

Selepas PRN Sabah kes Covid-19 terus mencanak naik. Mulalah PH menuduh kerajaan PN, Menteri Kesihatan dan segala bagai lagi alasan kerana PRN. Warisan PH pula ketawa pemimpin BN yang terkena jangkitan Covid-19 ketika kempen di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- COVID-19 Naik Mencanak Punca Shafie Afdal Tapi Menteri Kesihatan difitnah ]

Sebelum Kerajaan PN menguatkuasakan saringan wajib 27 September 2020 di KLIA pemimpin PH membantah ura-ura saringan wajib di KLIA atas alasan menyekat pengundi dan penyokong PH.

Kerana PH membantah. Akhirnya PN akur

Malah Covid-19 di Pantai Timur Sabah kononnya adalah drama sebagaimana kes pencerobohan tentera Sulu di Sabah. Pemimpin kanan Warisan Datuk Mohamaddin Ketapi misalnya berkata semua ini drama nanti selepas pengundian 26, 26 dan 28 kes kembali 'kosong'. Hari ini kawasan Pantai Timur Sabah mustahil untuk kosong. Jelas terbukti ia bukan drama. 

Sekarang apa jadi? Dari pemimpin BN PN, Menteri, Timbalan Menteri, Kini dah kepada Adun DAP Selangor, PKR Selangor dan Adun Amanah Johor. Virus Covid-19 tidak mengenal siapa. Malah Perdana Menteri, para Menteri kabinet, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Polis dan lain-lain lagi turut kuarantin diri 14 hari gara-gara Menteri Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dikenal pasti positif Covid-19.

Lihat saja kes Covid-19 di Parlimen Semporna. 6 Oktober 2020 saja kes kumulatif 614 kes dan bakal terus bertambah dari masa ke semasa. Siapa yang menjadi mangsa? Shafie dan keluarga? tidak. Rakyatnya di Sabah dan Semporna yang sengsara malah bayi terkena jangkitan korban terbaru meninggal kerana Covid-19. 


Shafie Apdal boleh senyum lagi naik Jet Peribadi. Rakyat tengah mati tak apa bukan keluarga dia

Shafie Apdal lari naik jet ke Kuala Lumpur

Shafie Apdal dan keluarga dilaporkan menaiki jet peribadi selepas saja kabinet Negeri Sabah dibentuk. Gambar mereka sekeluarga tular dalam laman sosial sebelum dipadam oleh ahli keluarganya.

 

 

Rakyat mula mempersoalkan apakah bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjalani proses kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari susulan beberapa individu yang membuat liputan media di kediamannya dan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu telah disahkan positif Covid-19.

Antaranya adalah ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 pada semalam, selepas menjalani ujian saringan kedua pada 2 Oktober lalu.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan pulang dari Sabah pada 27 September lepas selepas terlibat dengan kempen pilihan raya negeri, di sana.

Terdapat juga beberapa gambar yang tersebar di media sosial memaparkan kelibat Yi Wei di majlis yang dihadiri Shafie, selain turut dilihat melakukan ‘fist bump’ kepada Shafie. 

Shafie dan Lim Guan Eng patut kuarantin

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan Shafie juga diragui setelah seorang wartawan turut disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari membuat liputan PRN Sabah.

Azrul Affandi Sobry, 42, daripada Berita Harian percaya jangkitan terhadapnya berpunca daripada liputan media yang dihadirinya di kediaman Shafie pada 28 September lalu yang melibatkan ramai individu di sana.

Bahkan risiko jangkitan itu tinggi sementelah ramai yang datang daripada lokasi berisiko tinggi seperti Semporna dan tidak memakai pelitup muka.

Susulan perkembangan ini, rakyat mula mempersoalkan apakah Shafie mengambil langkah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri.

Ini kerana Shafie sepatutnya melakukan kuarantin 14 hari setibanya di Kuala Lumpur namun beliau kelihatan di majlis Pengebumian mendiang Datuk VK Liew yang meninggal baru-baru ini. 


Dengan positifnya ADUN DAP. Shafie juga tidak kuarantin diri ini bakal membahayakan orang lain
Apakah orang ramai di majlis pengkebumian VK Liew juga dalam bahaya?


 

 

12 Comments