629 kes baharu, Sabah 489 kekal tertinggi kes Covid-19
16:10 Oct 16, 2020  |  By SabahKini2
629 kes baharu, Sabah 489 kekal tertinggi kes Covid-19

Sekalipun 245 kes telah pulih COVID-19 hari ini namun kes harian terus meningkat. Sabah terus mengekalkan jumlah tertinggi kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 245 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,259 kes (65.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (106 kes);
  • Selangor (59 kes);
  • Kedah (53)
  • Wilayah Persekutuan Labuan (8 kes)
  • Sarawak (6 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Terengganu (3 kes);
  • Kelantan (3 kes);
  • Pahang (1 kes); dan
  • Perlis (1).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 629 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,758 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus). Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 50 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lapan (8) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 629 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara iaitu dari negara:

  • New Zealand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Singapura (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 627 kes penularan di dalam negara, 577 kes adalah warganegara Malaysia dan 50 kes adalah bukan warganegara.

Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 16 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 437 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 489 kes
    • 260 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 158 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 50 kes
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merbok;
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 33 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan lokap.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Bah Bundle;
    • Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan sign off kapal.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Sembilan (9) kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lekir.

Kedah: Tujuh (7) kes 

Enam (6) daripada Kluster Tembok; dan

Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

  • Johor: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Simera;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Utama; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih. 
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Satu (1) kes sign on kapal.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sabah tertinggi

Daripada 489 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi untuk dua hari berturut-turut, dengan 114 kes baharu. Bilangan kumulatif kes di Kota Kinabalu sehingga kini adalah sebanyak 953 kes.

Sebanyak 22 daerah mencatatkan tambahan kes baharu pada hari ini. Ia termasuk Sandakan (93), Tawau (77), Semporna (66) dan Lahad Datu (46).

 

1 Comment