Naib Canselor perlu ambil tindakan Dakwaan Pendaftar UMS Goda Isteri Orang
15:01 Jan 07, 2018  |  By SabahKini2
Naib Canselor perlu ambil tindakan Dakwaan Pendaftar UMS Goda Isteri Orang

Naib Canselor perlu menyiasat dakwaan itu dan perlu mengambil tindakan tegas penglibatan pegawai kanannya dalam skandal yang memalukan universiti di negeri Sabah itu.

Susulan pendedahan Sabahkini2 pada 17 Disember tahun lalu mengenai Skandal Pendaftar UMS begitu banyak pertanyaan serta komen-komen dalam media sosial termasuk komen dalam portal.

Tiada aduan rasmi dari suami Molly. 

Hubungan cinta  Noman dengan Molly kini diperangi oleh isterinya. Namun tiada aduan rasmi skandal ini kepada
pihak berkuasa dan Naib Canselor UMS 

Sumber dalaman mengesahkan No’man berang dengan pendedahan ini dan menuduh bekas Naib Canselor UMS Prof Datuk Harun Abdullah yang mendedahkannya. 

Beliau mengugut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa namun sehingga ke hari ini masih belum melakukannya mungkin bimbang akan kebenaran skandal ini lebih terdedah jadi jalan diambil ialah berdiam diri

Tiada pengakuan atau penafian secara rasmi mengesahkan skandal yang sekian lama sering menjadi tanda tanya warga UMS. Terdapat pelbagai pihak yang terserempak mereka dipasaraya di sekitar Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur yang memainkan dalam media sosial namun UMS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi mengabaikannya

Tiada juga tindakan undang-undang diambil oleh suami kakitangan UMS bernama Miss Molly itu walaupun antara mereka sudah maklum skandal itu.

Setakat ini belum ada respon atau tindakan dari Naib Canselor UMS untuk menjelaskan penglibatan pegawai utamanya dalam skandal dengan isteri orang kerana ia boleh disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram.

Apa yang menjadi isu di UMS ialah terdapat dakwaan Pendaftar UMS menaikkan pangkat Miss Molly itu yang menyebabkan pelbagai pihak di UMS tidak berpuas hati.

Naib Canselor perlu menyiasat dakwaan itu dan perlu mengambil tindakan tegas penglibatan pegawai kanannya dalam skandal yang memalukan universiti di negeri Sabah itu.

 

13 Comments