[VIDEO] Sabah Catat 889 Kes Baharu, 12,720 sampel ujian COVID-19 masih diproses
23:10 Oct 24, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Sabah Catat 889 Kes Baharu, 12,720 sampel ujian COVID-19 masih diproses

Ikuti sidang media Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun,Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Dan Menteri Kewangan II 23 Oktober 2020

Video: Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Sabah mencatat 889 kes positif Covid-19 dengan enam kematian hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, berkata, Kota Kinabalu  mencatat kes tertinggi dengan 557 kes, diikuti Tawau (80), Kudat (40), Sandakan (33), Papar (30).

Sementara itu, Tuaran dan Penampang merekodkan 24 kes; Semporna (19); Putatan dan Kota Belud (15);Lahad Datu (12), Ranau (11);Kunak dan Keningau (7), Kinabatangan (4);Kota Marudu dan Tambunan (3); Pitas dan Tenom (2)

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, Kluster Penjara Kepayan merekodkan sebanyak 434 kes baharu termasuk lapan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah di Sandakan.

Tambahnya, jumlah  kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini merupakan kes Covid-19 yang tertinggi setakat ini.

Masidi menjangkakan kes Covid-19 akan meningkat memandangkan Sabah masih berdepan dengan jumlah sampel ujian Covid-19 tertangguh yang tinggi, iaitu kini 12,720 sampel.

Sehingga kini, itulah bilangan sampel yang masih menunggu hasil ujian. Jumlah itu bercampur dengan bilangan sampel lama yang tertangguh sebelum ini.

"Jumlah yang banyak ini mencerminkan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang menjalankan saringan Covid-19 secara meluas". katanya

Berhubung kes pemegang permit yang dibenarkan rentas daerah, Masidi berkata, semua yang memperoleh permit bagi merentas sempadan ini perlu benar-benar dibuktikan sihat dan tidak bergejala Covid-19.

Mereka yang dibenarkan merentas daerah juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa sekarang.

Mengenai pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah, Masidi berkata, kes-kes begini bergantung kepada keadaan seperti pesakit tinggal bersendirian mahupun semua penghuni dalam rumah tersebut disahkan dijangkiti Covid-19.

Rawatan yang diberikan mengikut bentuk rawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, proses rawatan di rumah ini bergantung kepada tanggungjawab. Jika semua yang terlibat mengambil taunggungjawab serius, lebih berdisplin maka, jangkitan terhadap orang lain dapat dikurangkan


Comment