Pergantungan pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 peratus- Sam Mannan
05:01 Jan 08, 2018  |  By
Pergantungan pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 peratus- Sam Mannan

THE RAINFOREST HEROES OF SABAH -TEMUBUAL EKSKLUSIF DATUK SAM MANNAN Ketua Konservator Jabatan Perhutanan Sabah

Temubual khas bersama Datuk Sam Mannan Ketua Konservator Jabatan Perhutanan Sabah mengenai Hutan Hujan Tropika di Negeri Sabah dan
bagaimana Ketua Menteri Sabah mempertahankan sumber khazanah alam negeri Sabah dari terus musnah untuk generasi akan datang.

"Sehinggalah Ketua Menteri (Musa Aman) dilantik pada tahun 2003 dan mulai 2004 kami mulakan program reformasi ini. Ia tidak boleh sama seperti sebelumnya kerana pendapatan akan terus menurun hutan akan terus digondolkan dan kami hanya melihat sahaja. Kami anggap semuanya seperti tiada keesokan hari dan kami boleh berterusan dalam kadar dan cara begitu.

Ia satu tanggapan yang salah dan Ketua Menteri mempunyai kecekalan, kekuatan dan keazaman politik untuk menukar haluan. Ketua Menteri memperkenalkan agenda reformasi  selangkah demi selangkah. Bermula dengan usaha konservasi dengan meningkatkan kawasan perlindungan sepenuhnya. Maksudnya sumber dan kepelbagaian biologi yang terbaik di Sabah mesti dilindungi sehingga merangkumi 30% dari Sabah. Tahap piawaian IUCN adalah 10% tetapi kita telah pun melebihi tahap tersebut. Pembalakan Kurang Impak (RIL) telah diperkenalkan, pergantungan kepada pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 % untuk negeri setiap tahun. Dulu ianya sebanyak 75% hingga 80%. 

Dengan dia (Musa Aman) kita maju ke hadapan selangkah demi langkah dan sya amat berpuas hati dengan hasilnya"

Datuk Sam Mannan
Ketua Konservator 
Jabatan Perhutanan Negeri Sabah

Bagaimana keadaan Sabah jika Ketua Menteri Sabah sekarang jika tidak dilantik? Ikuti tembual penuh di Youtube 

 

 

Comment