Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!
18:10 Oct 27, 2020  |  By SabahKini2
Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!

September 2019 Shafie arah henti pinjaman syarikat luar tapi Julai 2020 Shafie luluskan pinjaman RM300 juta kepada Air Asia didalangi kroninya Ambrose Lee, iparnya Janice dan CEO SDB Hassanel. Hanya 'Kertas e-Dagang Air Asia dapat RM300 juta!

Sebenarnya masa sesuai untuk membersihkan pentadbiran Sabah adalah ketika pandemik Covid-19 memuncak di Sabah. Pengkhianat pegawai kerajaan dan CEO GLC sesuai dipecat dan diarah meletak jawatan sekarang.

Sebabnya tiada siapa kisah tentang kehilangan mereka kerana yang penting sekarang COVID-19 di Sabah selesai. Jika bising pun orang hanya sementara kerana semua kini mengenai COVID-19. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji perlukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Setiausaha Tetap Kementerian (SUT), Peguam Negeri, Pengarah, Penasihat, Pengerusi sehingga CEO GLC yang setia kepada kerajaan baharu. Semua ini segera dirombak. Ia perkara biasa.

Baru-baru ini Sabah gempar apabila Sabah Development Bank Berhad milik Kerajaan Negeri memberi kelulusan RM300 juta kepada syarikat Air Asia Group Berhad yang sedang mencungap dengan hutang RM66 Bilion.

Penyelamatnya adalah Projek OurFarm yang digerakkan Junz Wong Bekas Menteri Pertanian Sabah. Warisan meluluskan projek itu hanya 3 bulan dan diluluskan bulan julai sebelum PRN Negeri Sabah berlangsung.

Portal Sabahkini2 telah mendedahkan projek rembatan RM300 juta ini. Licik tiada siapa menyedarinya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia? ]

Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?

Pelbagai pihak mahu pinjaman wang kepada Air Asia ini dihentikan serta-merta kerana jumlahlah bukan sedikit. Projek OurFarm e-dagang hanyalah ‘Kertas Kerja’ untuk menggunakan wang rakyat Sabah melalui Sabah Development Bank Berhad. Tidak ada mana-mana bank mahu memberi pinjaman kepada Air Asia sekarang. Berita Air Asia mendapat pinjaman hanyalah untuk memberi persepsi media bahawa Air Asia masih dipercayai oleh institusi kewangan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jeffry Kitingan turut mengambil perhatian amaran yang dibangkitkan oleh Datuk Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri itu tentang bahaya pinjaman Air Asia dan menyarankan ia dikaji semula. Apatah lagi projek itu sebelum ini menggunakan Kementerian Pertanian oleh Junz Wong.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji mahu SPRM menyiasat pinjaman RM300 juta yang diluluskan Kerajaan Warisan. Hajiji mempersoalkan bagaimana pinjaman besar ini diluluskan. 

September 2019 Shafie Apdal mengarahkan CEO SDB agar menghentikan pinjaman luar tetapi nampaknya Shafie sendiri pada penghujung Julai meluluskan pula kepada Air Asia Group Berhad. Apakah hanya syarikat Air Asia mampu melakukan projek e-dagang dengan kos RM300 juta?


Ambrose Lee, ipar dan CEO SDB dalang pinjaman RM300 juta

Siapa tidak kenal Datuk Ambrose Lee taukeh balak dan kroni tegar Shafie Apdal di Sabah. Banyak siri projek pelaburan di Sabah di belakangnya adalah Ambrose Lee. Dulu Yayasan Sabah hampir digadainya bersama Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Perlu Tahu: Cubaan Shafie Merompak Yayasan Sabah Digagalkan Musa ]

 

 
Sejak dari dulu hingga Shafie menjadi Ketua Menteri Shafie Apdal dan Ambrose Lee tidak boleh dipisahkan. Ambrose Lee menjadi pembiaya politik Shafie dan Warisan. Jika dibongkar sejak 26 bulan lalu pasti lebih banyak melibatkan Ambrose Lee.

Kini RM300 juta bakal keluar dari Sabah Deveploment Bank yang CEOnya Mohamad Hassanel Jarai pendokong tegar Shafie Apdal. Lihat saja Lembaga Pengarah SDB penuh dengan warisan. Paling mengejutkan Seorang Ahli Lembaga Pengarah Datuk Janice Lim adalah ipar kepada Datuk Ambrose Lee. 

24 Jun 2020 4 hari lebih awal Dato' Seri Kalimullah, Kamaruddin Meranun dan Tony Fernandez sudah bertemu dengan kroni terbesar Shafie Apdal Datuk Ambrose Lee di Restoran Jothy's Fish Head Curry di Kota Kinabalu. Ambrose mengatur semuanya. Tugas CEO Sabah Deveploment Bank Mohamad Hassanel Jarai dan Datuk Janice Lim Ipar Ambrose Lee ialah meluluskan dana RM300 juta.



28 Jun 2020, Shafie Apdal, Junz Wong, Christina, Dato' Kalimullah, Hassanel, Safar Untung  dan Air Asia sudah meluluskan projek OurFarm untuk memerah duit Sabah Development Bank Berhad. 

Nampaknya dalam diam Safar Untung SKN, SUT MOF dan CEO SDB menggerakkan misi rembatan RM300 juta ini. Persoalannya mengapa mereka tidak memberi penerangan semula kepada Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan I dan Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kewangan II?. Apa yang mereka cuba sembunyikan. 

Oleh itu menghentikan pinjaman RM300 juta kepada Air Asia adalah sangat tepat. Apa kos sehingga RM300 juta dibelanjakan untuk e-dagang? Jika boleh SPRM menyiasat pinjaman yang digerakkan oleh Datuk Ambrose Lee, Janice Lim dan juga CEOnya Hassanel Jarai ini. terdapat unsur kepentingan dan salah guna kuasa. 

Berapakah agaknya komisen Shafie Apdal, Junz Wong dalam projek ini?

11 Comments