[VIDEO] Hanya 3,796 atau 52.5% katil digunakan pesakit COVID-19 di Sabah kata Masidi
00:10 Oct 29, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Hanya  3,796 atau 52.5% katil digunakan pesakit COVID-19 di Sabah kata Masidi

Ikuti Sidang Media 28 Oktober Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Dan Menteri Kewangan II. Soal jawab isu semasa COVID-19 di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun mengumumkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 546 kes. Bilangan kematian adalah 7 orang.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 13,701 kes. Sehingga hari ini, seramai 7,225 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 3,796 pesakit sedang menerima rawatan

Menurut Masidi terdapat satu kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Sri Gaya sebanyak 11 kes berpunca dari berkumpul semasa acara nikah.

Saringan banduan Kluster Penjara Kepayan telah selesai sepenuhnya.

“Jumlah yang telah disaring ialah seramai 2,701 orang. Kumulatif kes positif adalah sebanyak 1,652 orang melibatkan 1,212 warganegara dan 440 bukan warganegara”. Katanya dalam satu sidang media hari ini.

Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar setakat hingga kini ialah sebanyak 100,654 bakul makanan.

Bagi menjawab isu katil penuh pada 22 Oktober lalu Masidi membetulkan kesilapan dalam menghitung angka tersebut.

"Buat masa ini jumlah katil yang tersedia ialah 7,237 sedangkan jumlah mereka yang mengunakan semua kemudahan ini sekadar 3,796. Ini statistik pada hari ini.

"Ini bermakna penggunaan sebenar ialah 52.5 peratus," katanya.

Angka ini termasuklah di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Jelas Masidi lagi, hanya kira-kira separuh daripada katil yang ada digunakan pada 22 Oktober ketika beliau memberikan angka yang salah, daripada 5,651 katil yang ada pada masa itu.

"Saya perlu membuat penjelasan ini agar tidak ada salah faham dan juga untuk memperbetulkan angka yang sebenarnya.

"Kesilapan ini tidak disengajakan dan harapan saya ialah penjelasan pada hari dengan sendirinya memperbetulkan statistik yang sebenarnya.

"Untuk pengetahuan juga, jumlah katil di negeri Sabah sentiasa bertambah bergantung kepada penambahan kepada pusat-pusat rawatan low-risk," katanya

Pada 22 Oktober, Masidi memberitahu media sebanyak 5,624 dari 5,651 katil untuk pesakit Covid-19 sudah digunakan, yang bermaksud tahap penghuni mencapai 99.5 peratus.

 

1 Comment